Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Khamis, 17 April 2008

..::Mencari Syahid::..

Assalamualaikum...ayyuhal ikhwanul muslimin fi sabilillah sekalian sama-sama kita meletakkan semangat jihad dalam diri kita. Semoga kita mampu berjihad dari pelbagai sudut. Bila sebut pasal jihad ni ana ada satu kisah untuk dikongsi dengan para sahabat yang sekalian. Kisahnya macam ni....Suatu pagi, bulan puasa ketika nabi memberi targhrib, katanya siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba dia syahid ,maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang sangat muda ingin tahu sekali bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi dia malu untuk menanyakan kepada nabi kerana malu kepada sahabat yang lain.Namun dia tetap memberi nama sebagai seorang yang akan berjihad. Sebelum zohor sunnah nabi akan tidur sebentar, maka sahabat tersebut tadi juga turut berjamaah.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di suatu tempat yang sangat indah. Dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri seri lalu ditanya dimanakah aku sekarang….. lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya satu arah maka berjalan dia….. di suatu pohon dia mendapati bahawa ada seorang perempuan yang tidak pernah dia lihat dunia ini. Lalu di beri salam dan dia bertanya adakah Ainul Mardhiah…. Wanita itu maejawab tidak…. Saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada didalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda ganda lebih cantik daripada yang pertama tadi sedang mengelap permata hiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah Ainul Mardhiah. Lalu wanita itu menjawab……..tidak saya hanya khadamnya didalam mahligai ini…. Ainul Mardhiah ada di dalam mahligai sana.Lalu dinaiknya anak anak tangga dan sampai di suatu pohon dan mendapati seorang wanita yang berganda ganda cantiknya daripada yang pertama dan yang kedua dantak pernah dilihat di dunia.Lalu wanita itu berkata akulah Ainul Mardhiah….. aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.Bila pemuda itu mendekatinya bidadari itu menjawab nanti! Kamu belum syahid lagi.

Pemuda itu pun terjaga daripada tidurnya lalu menceritakan segala galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan ceritakan kepada nabi tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi. Petang itu bersama dengan jemaah yang lain di dalamnya keluar uutuk berperang lalu ditakdirkan pemuda itu syahid . Pada Petang tersebut semua jemaah telah pulang ke masjid untuk menungu berbuka maka kawan pemuda yang syahid itu datang dan merapati nabi dan menceritakan perihal sahabatnya yang syahid itu .Dalam menceritakan itu nabi menjawab benar .akhirnya nabi S.A.W berkata benar dan pemuda itu menunggu untuk berpuasa di syurga

Wah!! semangat bila baca kisah ni...mudah-mudahan para sahabat dapat mengambil pengajaran dari kisah tersebut...Wa Allahu 'Alam...

No response to “..::Mencari Syahid::..”