Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Selasa, 24 Jun 2008

Kisah Cikgu dan Murid-muridnya


Assalamualaikum....
Sambil santai-santai ni, ana ada terbaca cerita tentang gelagat seorang guru dengan murid-muridnya dalam satu majalah ni.. ceritanya begini..

Suatu hari didalam kelas yang penuh sibuk dengan suara-suara kanak yang tak cukup umur menghiasi ruang dalam kelas..biasa la budak-budak..korang semua mesti pernah lalui semua ni, tak payah nak tipu la..Dalam keadaan yang hiruk pikuk tadi, tiba-tiba kelas jadi hangout senyap sepi, bak kata budak kampung dusun, malaikat lalu. Tapi kali ni bukan malaikat yang lalu tapi seorang cikgu yang paling digeruni oleh murid-murid dalam kelas tu. Wajahnya yang garang macam jin tapi tak der Shamsudin kat belakang tu telah membuatkan murid-murid tadi terpaku, dan terdiam tanpa seribu bahasa.Ikuti dialog antara cikgu dan murid-murid ni.


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! tak pernah dibuat orang! Kata selamat sejahtera! senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan tepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid-murid: ( Senyap )

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! cukup!

Murid-murid: Kurang! kurang!

Cikgu: Sudah! sudah!

Murid-murid: Belum! belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Elok!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Kamu semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya lalu keluar dari situ kerana bengang).

Seketika kemudian loceng sekolah pun berdering. Murid-murid tadi merasa lega kerana cikgu yang paling mereka geruni dan takuti telah keluar.hehe..
Walau bagaimanapun mereka merasa bangga kerana dapat menjawab kesemua soalan yang telah diajukan oleh cikgu mereka.
Tetapi hari esok masih ada, cikgu itu pasti akan menanti mereka...hehehe...

p/s: moral: kepada cikgu-cikgu kena banyak bersabar dengan karenah murid-murid anda...dan kepada murid-murid hormatilah cikgu anda..

Isnin, 16 Jun 2008

Imtihan Fasa 2 dh abis....Selamat Berprogram....


Alhamdulillah..setelah sebulan lebih berhempas pulas dengan bermacam ujian ketika berada di bumi anbiya' ni akhirnya imtihan sementara fasa 2 dah kholas..namun ana ternanti2 apakah ujian lain disebalik imtihan yang telah ditempuhi...setiap saat, setiap waktu, ana tertanya2 pd diri apakah mampu diri ana untuk menghadapi semua ujian ni..benarlah apa yang telah diberitahu oleh ustaz dan ustazah ana sewaktu di Malaysia dulu sebelum ana mengorak langkah menjejakkan kaki ke Ardhul Kinanah ni...

Disini banyak rona dan ranjau yang perlu ditempuhi, tatkala kdg2 diri ana tersungkur kerana kelalaian yang entah dari mana datang...tapi demi memegang janji diri untuk mencari mutiara yang hilang, ana sanggup menelan semua ujian ni, walaupun kadang2 mengeluh..belajar disini memang tak sama masa belajar di Malaysia dulu..disini lebih banyak kena disiplin dan mujahadah yang tinggi..



Ana masih ingat sebelum tiba disini, ana dah diuji sewaktu di Malaysia, namun kerana ketinggian syariat Allah s.w.t ana korbankan semua tu...ah!! sudahla lupakan jer...yang penting sekarang cuba tumpukan kepada matlamat asal...

Imtihan fasa 2 ni nampaknya agak susah sikit, sebab banyak madah (subjek) yang nak kena beri perhatian lebih..waaa....bro! rileks la...anta ni, memang la macam tu, mana ada mende yang senang...nak sesuatu yang berharga mestilah kena bayar dengan harga yang mahal..masa dalam fatrah ni la study pun kena hardisk...dengan selamba tangan kanan ana menulis benda yang dihafal, tangan kiri memasak, kaki kanan tulis blog, kaki kiri control mouse, telinga kanan dengar radio, telinga kiri pegang kertas, mata kanan baca dan hafal, mata kiri tidor..pergh!!bom ceke wawah...tolong la jgn percaya budak ni cerita...dia tgh tension masa tu...huak2

Hari pertama imtihan rasa berdebar, dup dap..dup dap...aura mengantuk yang menguasai 75 % mindaku dari tadi semakin hilang perlahan-lahan..angin sepoi2 bahasa arab ammiah meniup dan membelai rambutku..erm..nyamannya...bila sampai jer kt dewan periksa...ana dengan hati yang tenang sikit2, melabuhkan diri diatas kerusi...masa tu ana tengok budak2 arab ni buat macam2 skil...otak diorang memang sempoi, hafal berbuih mulut, cepat ingat....tapi ada jugak yang kantoi...besa la kalau dalam exam msti ada acara tukar-tukar jawapan secara haram, dan sesi soal jawab yang tak rasmi samada secara terbuka atau tertutup...

Hari demi hari, setelah sebulan lebih dok bertarung dengan diri sendiri dalam dewan tu, akhirnya fatrah imtihan untuk penggal 2 ni pun khalas..masa ni la ramai sahabat2 ana yang buat perancangan untuk mengisi masa cuti panjang ni...ada yang nak pergi buat Umrah, nak pergi Yaman, UK, nak balik Malaysia, nak talaqqi kat Masjid Al-Azhar, macam-macam lagi la plan yang diorang rancangkan, siap bentang bajet 2008 untuk cuti ni...


Apa2 pun ana mendoakan semua sahabat2 yang dah ada perancangan untuk cuti ni, semoga Allah s.w.t., mempermudahkan segala urusan yang telah dirancang oleh kalian..
Inysa Allah bittaufiq wannajah...Allahu yubarik 'alaikum...

Jumaat, 13 Jun 2008

..:::Cara nak buat Read More:::..


Assalamualaikum....Ku mulai tulisan ku dengan..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat, dan orang2 soleh yang mengikuti jalan Baginda s.a.w..





Insya Allah utk posting kali ni dengan sedikit pengetahuan, ana nak cuba terangkan sedikit tentang cara nak buat "read more" atau orang kampung panggil "baca selengkapnya", walaupun ada sedikit masalah semasa nak buat artikel ni, sebab kod2 yang ana paparkan disini pada mulanya sukar dipaparkan disebabkan ianya tag2 HTML yang boleh didetect secara langsung oleh generator HTML..sekarang dah siap, Alhamdulillah...

Tetapi artikel ni untuk pengguna yang menggunakan template baru jer...ada setengah blogger suka membuat read more dalam blog diorang, namun ada juga yang lebih suka biarkan macam tu je, sebab senang nak baca, tak payah nak klik untuk baca seterusnya..Apa-apa pun bagi sahabat yang ingin mencuba sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:



* Sign in seperti biasa di blogger..


* Lepas tu Klik Setting


* Klik Formatting


* Pada layar paling bawah tu, ada text area kosong disamping tulisan Post Template, isi text area kosong tersebut dengan kod di bawah ini :



<div class="fullpost">




</div>




* Klik butang Save Settings


Tujuan memasukkan kod ini adalah supaya ketika sahabat nak posting artikel, kod tersebut secara langsung muncul tanpa harus tulis kod tu terlebih dahulu, jadi membantu kita agar tidak harus selalu mengingat kod tersebut.



Langkah seterusnya iaitu menambahkan kod pada template, sahabat2 sila ikuti langkah berikut :

* Klik menu Dasboard


* Klik menu Layout


* Klik menu Edit HTML


* Klik tulisan Download Full Template


* Setelah selesai sila save dulu template tersebut, tujuannya untuk mengelakkan risiko apabila terjadi kesalahan ketika melakukan editting pada template atau sebagai back up, dan sahabat2 masih ada back up data untuk mengembalikannya seperti semula


* Tandakan pada kotak di sebelah tulisan Expand Widget Template, jangan lupa tandakan dulu yup, sebab kalau tidak, nanti tak sesuai dengan langkah selanjutnya :


* Sila tunggu sekejap ketika proses sedang mula, selepas sahabat tandakan pada kotak tadi..


* Selepas itu sahabat2 kena cari kod berikut pada kod template sahabat2 :




<div class='post-body'>




* Copy kod HTML di bawah ini kemudian paste di bawah kode tadi



<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>




<style>.fullpost{display:inline;}</style>



<p><data:post.body/></p>



<b:else/>



<style>.fullpost{display:none;}</style>







Kalau tidak jumpa kod tersebut, cuba pergi kepada layar bahagian atas sekali klik pada Edit>>Find this page (bagi yang guna Mozilla Firefox), lepas tu masukkan perkataan <div class='post-body'> secara automatik akan di detect...

Sekiranya tidak jumpa juga, taipkan pada ruangan tadi juga dengan kod ni
<p><data:post.body/></p>
, biasanya kod ni berada dibawah kod <div class='post-body'>.

Tetapi kalau sahabat2 tidak jumpa kod tersebut dan terdapat selain kod tersebut contohnya <div class='entry'> tukar je kod tu dengan kod <div class='post-body'>..


* Kemudian lihat bahagian bawah sehingga terlihat kod berikut ini seperti yang ana terangkan diatas tadi :




<p><data:post.body/></p>



* Copy kod HTML di bawah ini kemudian paste di bawah kod tadi




<a expr:href='data:post.url'>Read More......</a>



</b:if>





* klik butang Save Template

* O.k Selesai...





Ni cara nak Posting Artikel

* Klik menu Posting


* Klik menu Edit HTML, maka secara automatik sahabat2 akan nampak kod yang telah kita setting tadi, iaitu :



<div class="fullpost">




</div>





* Tuliskan artikel yang sahabat2 ingin letakkan pada blog (tulis sikit je hanya sekadar pengenalan untuk baki artikel seterusnya) sebelum kod iaitu diatasnya:




<div class="fullpost">



* Tulis keseluruhan baki artikel sesudah kod di atas tadi dan sebelum kod :




</div>



* Klik butang PUBLISH POST


* Klik tulisan Open New Window untuk melihat hasil dari postingan kita, kemudian lihat apakah hasilnya berjaya ke tak. Jika tak, mungkin ada bahagian yang tertinggal. Cuba lihat kembali langkah-langkah diatas..Ana memohon kemaafan jika ada ksilapan dalam artikel ini..harap sahabat2 boleh perbetulkan ye...


Ahad, 8 Jun 2008

..::~~Soal Jawab Agama ( e-Fiqh )~~::..

Assalamualaikum... Alhamdulillah, sekali lagi ana dapat menggerakkan jari-jemari ni untuk posting artikel pada kali ni. Anda musykil tentang masalah agama yang berkaitan dengan hukum fiqh dalam kehidupan anda? Pening, tak faham?Tak tahu kepada siapa nak tanya?..kat sini ana ada nak memperkenalkan ruangan soal jawab agama secara maya ataupun budak sekolah rendah sekarang panggil e-Fiqh. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang website ni, ana akan jelaskan secara ringkas tentang E-Fiqh ni.

E-Fiqh ni merupakan ruang maya untuk menjawab segala permasalahan hukum-hakam agama dan kotemporari. Ia berada di bawah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah yang diselia oleh DATC yang merupakan perunding UNIKOM MKKK. Segala perbincangan dan jawapan di dalam ruangan E-Fiqh ini akan dijawab secara ilmiah berdasarkan pendapat ulama' ulama muktabar dan ulama'-ulama' kotemporari. Ruangan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ust. Muhammad Aidil Azwal Zainudin. Usaha mewujudkan E-fiqh ini merupakan kesinambungan usaha dakwah melalui kuliah online yang dipancarkan ke seluruh dunia pada setiap hari kecuali Jumaat. Ini merupakan salah satu usaha dakwah yang dilakukan oleh generasi pelapis Ulamak Al-Azhar yang ada pada hari ini.

Segala jawapan yang diberikan berdasarkan Manhaj yang jelas dan benar sebagaimana yang ditinggalkan ulama dulu yang jauh dari jumud dan mempermudahkan hukum. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang E-Fiqh ni, sila layari laman webnya di http://www.mymkkk.org/efiqh/ .
Sebelum ana terlupa, untuk anda yang ingin menyertai pengajian secara online bersama Yang Berbahagia Ust. Muhammad Aidil Azwal menerusi internet bolehlah melayari laman web http://www.mymkkk.tv/live.php

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan oleh tenaga kerja MKKK, mendapat balasan pahala dari Allah s.w.t. serta dapat memberikan manfaat kepada muslim dan juga non-muslim. Ana memohon maaf jika terdapat kesalahan dalam artikel ini..

Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Assalamualaikum...apa kena plak dengan tajuk ni, takde kena-mengena pun..hehe..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang telah menciptakan sekalian alam dan juga sekalian makhluk.Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, serta para sahabat dan orang-orang soleh yang mengikuti jalan Islam.
Setelah berhempas pulas nak upgrade blog ni akhirnya dengan izin dari Allah s.w.t siap juga kerja ana ni. Macam-macam masalah timbul masa nak upgrade blog ni. Cuma sekarang ana tak boleh nak masukkan coding untuk buat "read more" sebab coding yang ana cari dalam template baru ni tak jumpa.Tapi untuk classic template ada la.
Tujuan read more ni supaya kita dapat buat short page untuk posting, jadi tak payah la dipaparkan semua yang kita posting, cuma kalau nak baca dengan lebih lanjut cuma klik pada tulisan "read more" tu je.Insya Allah ana akan usahakan juga sampai boleh. Sebenarnya dah lama tinggal guna coding, dah tak berapa nak ingat.Ana sempat belajar PHP dengan CSS je, tu pun tak berapa mahir.
Ana pun malas nak tulis panjang-panjang lebar kat posting ni.Saja nak mengisi ruang kosong yang ada.
Jumpa lagi diposting akan datang.