Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Selasa, 24 Jun 2008

Kisah Cikgu dan Murid-muridnya


Assalamualaikum....
Sambil santai-santai ni, ana ada terbaca cerita tentang gelagat seorang guru dengan murid-muridnya dalam satu majalah ni.. ceritanya begini..

Suatu hari didalam kelas yang penuh sibuk dengan suara-suara kanak yang tak cukup umur menghiasi ruang dalam kelas..biasa la budak-budak..korang semua mesti pernah lalui semua ni, tak payah nak tipu la..Dalam keadaan yang hiruk pikuk tadi, tiba-tiba kelas jadi hangout senyap sepi, bak kata budak kampung dusun, malaikat lalu. Tapi kali ni bukan malaikat yang lalu tapi seorang cikgu yang paling digeruni oleh murid-murid dalam kelas tu. Wajahnya yang garang macam jin tapi tak der Shamsudin kat belakang tu telah membuatkan murid-murid tadi terpaku, dan terdiam tanpa seribu bahasa.Ikuti dialog antara cikgu dan murid-murid ni.


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! tak pernah dibuat orang! Kata selamat sejahtera! senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan tepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid-murid: ( Senyap )

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! cukup!

Murid-murid: Kurang! kurang!

Cikgu: Sudah! sudah!

Murid-murid: Belum! belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Elok!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Kamu semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya lalu keluar dari situ kerana bengang).

Seketika kemudian loceng sekolah pun berdering. Murid-murid tadi merasa lega kerana cikgu yang paling mereka geruni dan takuti telah keluar.hehe..
Walau bagaimanapun mereka merasa bangga kerana dapat menjawab kesemua soalan yang telah diajukan oleh cikgu mereka.
Tetapi hari esok masih ada, cikgu itu pasti akan menanti mereka...hehehe...

p/s: moral: kepada cikgu-cikgu kena banyak bersabar dengan karenah murid-murid anda...dan kepada murid-murid hormatilah cikgu anda..

No response to “Kisah Cikgu dan Murid-muridnya”