Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Ahad, 31 Ogos 2008

Perutusan Khas Sempena Ramadhan Dari Encik Mann Muslimz...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk dan alam seisinya. Selawat dan Salam keatas junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..Setelah beberapa bulan menuggu akhirnya bulan yang mulia yang dinanti-nantikan tiba. Tanggal satu Ramadhan semua umat Islam tak kira yang muda, tua, kaya, miskin, setelah cukup syarat mukallaf semuanya diwajibkan berpuasa, tak leh nak memonteng. Inilah masanya untuk mertabiahkan diri dengan amalan2 yang boleh menyucikan diri dari dosa seperti membanyakkan amalan2 sunat, membaca al-Quran dan mengkhatamnya, solat sunat tarawih ( masa aku kecik2 dlu diorg sebut Tarawikh aku pun kdg2 terikut2 jgk), solat tahajjud, banyakkan bersedekah kalau boleh tabaruuk la apa yang ada, dan berzikir kepada Allah S.W.T.

Firman Allah yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Sempena bulan yang mulia ni, janganla bulan puasa ni dijadikan alasan untuk malas2 bekerja, talaqi dan sebagainya (termasukla aku ni)..Hendaklah menjaga tingkah laku dan diri daripada perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa. Inilah tarbiyah untuk membersihkan jiwa yang telah dikotori selama beberapa bulan yang lalu.

Disamping itu,janganla kita lupakan saudara-saudara kita yang berada di dalam kancah peperangan yang ditindas oleh musuh-musuh Islam, terutama di Palestin, Iraq, Filipina, Thailand dan seumpamanya. Marilah kita sama-sama menitipkan doa dibibir, mengangkat dan menadah tangan memohon doa kepada Allah S.W.T. supaya saudara-saudara kita diberikan perlindungan dan pertolongan oleh Allah S.W.T. Hulurkan tangan memohon doa, untuk saudara-saudara kita.

Sesungguhnya Ramadhan banyak mengajar kita tentang nilai-nilai yang baik untuk menjadi muslim, mukmin dan hamba kepada Allah S.W.T. Kedatangan Ramadhan mengajar kita supaya tunduk dan mengikut perintah Allah S.W.T., bersabar dalam segala hal, mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., merapatkan ukhwah dan mahabbah sesama muslim dan sebagainya.

Jadi rebutlah peluang yang ada ni, dengan berlumba-lumba mengumpulkan saham untuk bekalan kita di akhirat kelak. Janganla dibulan yang mulia ni kita membazir, kerana Ramadhan datang mengajar kita supaya berjimat cermat, bukan berbelanja mengikut hawa nafsu.Hidangkanlah telinga kita dengan helwa alunan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim, bukan dengan konsert-konsert yang boleh melalaikan kita.

Akhir kalam dari aku, Ramadhan kini kau datang, amat rugilah orang-orang yang tak mahu merebut fadhilat yang ada padamu.Sekali kau datang belum tentu kami akan bertemu dengan mu kembali pada tahun akan datang. Kemungkinan ketika itu kami telah pun dijemput untuk menghadap Yang Mencipta diri kami dan dirimu iaitu Allah Rabbul 'Izzati..

"Saya Dengan Ini Mengisytiharkan Kita mula Pose hari ni.....Pose ye jgn tak Pose...."

Wa Allahu 'Alam...



Perutusan Khas Ramadhan Dari TG Abdul Hadi Awang


Assalamualaikum...

Ni ambe ada perutusan khas sempena Bulan Pose ni dari Tuan Guru kita, ana petik dari akhbar HarakahDaily.....meh la baca...



Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.


"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Sumber Rujukan Dipetik Dari Harakah Daily 31.8.2008

Sabtu, 30 Ogos 2008

PERMIS 08 ( Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia )


Assalamualaikum…

Bertarikh 25 dan 26 Ogos telah berlangsung satu persidangan yang mengumpulkan wakil-wakil pelajar dari luar negara. Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia atau PERMIS telah diadakan di Dewan Kristal, Sally Mall, Kaherah, Mesir. Beberapa orang delegasi sebagai wakil pelajar telah hadir daripada beberapa buah negara antaranya dari Yaman, United Kingdom, Syria, Jordan, Jepun, dan termaksuk Mesir.

Persidangan yang diadakan selama dua hari ini telah membincangkan beberapa perkara dan pembentangan beberapa kertas kerta. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah

1-Teori Fiqh Al-I’tilaf oleh Ust Abdul Mu’izz bin Muhammad,

2-Pemikiran Al-Qardhawi Gandingan Golongan Ulama’ dan Profesional dalam Memperkasa Ummah oleh Dr. Dzulqarnain Bin Ahmad Iskandar Shah (MPPMJordan)

3-Tajdid Dalam Kesatuan Berfikir dan Bekerja oleh Ustaz Hairul Faizal bin Isa, Presiden (PPMS) Syria.

4-Pengukuhan Ekonomi dan Kepentingan kepada Gerakan Islam, oleh Saudara Azzad bin Azzman ( FOSIS ) United Kingdom.

5-Peranan Ulama Dalam Mendepani Modenisasi di Malaysia, oleh Ust Ahmad Fathi Bin Muhammad, (PMMM) tetapi telah dibentang oleh wakil beliau.

6-Menangani Gerakan dan Mangsa Murtad oleh Presiden ( PERMAYA ) Yaman.


Hasil dari pembentangan kertas kerja telah mencapai beberapa resolusi. Selain itu, beberapa orang member2 aku yang suka memblogerskan diri jugak hadir masa tu, antaranya Pamiesz, dan Aminuddin.






ni la brader2 yang bentang kertas kerja pada hari tu...


perghhh...khusyuk btui budak2 ni dgr pembntangan tu..smpai terlentok layan alunan merdu suara sang pembntang...








Akhawat pun khusyuk dgr, diorg pun sama naik bercakap hari tuh...ish!! sempoi diorg ni ckp..tgu2 jap lagi ana ada soalan nak tny ni...


Kemerdekaan, Ramadhan dan Konsert Avril Lavigne

Assalamualaikum.....

Baru-baru ini Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia 08 telah diadakan di Stadium Merdeka. Konsert ni telah di hadiri oleh hampir 10,000 pengunjung untuk melihat artis kesayangan yang menjadi simbol seks dengan kelakuan yang ala-ala jahiliah...Sedih sungguh apabila difikirkan, apa sudah terjadi kepada negara kita, dimanakah sensitiviti kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai umat Islam..Walaupun konsert ini pada mulanya telah dibatalkan namun usaha untuk mengadakannya kembali terus dilaksanankan.
ni la artis yg selalu dipuja2, menunjukkan isyarat tak senonoh..


Tidak lama lagi kita akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan dan Menyambut Kedatangan Ramadhan, jika inilah pengisian yang diterapkan di dalam negara kita, tidak mustahil negara kita mungkin akan hilang jatidirinya sebagai sebuah negara yang merdeka. Mungkin ada orang yang tidak bersetuju denagn pendapat aku ni( lantak la, sebab ni pendapat aku)..

Inilah remaja yang telah dikuasai oleh tanduk Avril Lavigne

amboi cik kak ni rasa bangga dan tanpa segan silu mengikut "sunnah" Si Avril..apekejadah semua ni..dimanakah maruah anda sebagai muslimah?



Tapi cuba la fikir, berapa banyak benda maksiat yang ada kat dalam Konsert tu...sungguh malang bagi umat Islam yang hadir dalam konsert tersebut. kenapa perlu dipuja-puja artis yang langsung tidak boleh memberikan manfaat kepada kita sebagai umat Islam bahkan terus melalaikan kita dari Sang Pencipta kita. Sedarlah wahai orang-orang yang terlalu memuja artis, Nabi kita bersabda :

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi
Berdasarkan daripada hadis diatas salah satu tanda-tanda kiamat ialah golongan yang menyanjung artis. Sepatutnya di saat-saat kita menyambut Hari Kemerdekan dan Menyambut Bulan Ramadhan mestilah di isi dengan program-program yang boleh meningkatkan kesedaran dan menaikkan semangat untuk memelihara negara daripada penjajahan budaya kurap dan jahiliah dari Barat (kafir).

Tanpa kita sedari kini, dikalangan kita sedang disuap racun dan disuntik dadah kelalaian dari penjajah barat untuk memusnahkan rakyat dinegara kita, terutamanya umat Islam yang macam aku ni..

Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dari konspirasi dan penjajahan jahiliah barat yang sentiasa berlegar dan mencari mangsanya.

Wa Allahu A'lam...

"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."

mann_muslimz
Hayyu 'Asyir, Kaherah, Mesir




Selasa, 19 Ogos 2008

Konspirasi Musuh Memurtadkan Umat Islam. ( Bahagian 1 )

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk dan sekelian alam, hanya kepadanya kita sembah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kalimah yang perlu dihayati dan ditegakkan sebagai umat Islam. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus.... (Qs.al-Baqarah:256)

Masalah Murtad di dunia Islam

Jika kita mengimbau kembali sejarah sejak zaman Rasulullah sehingga zaman kini, jelas kemurtadan sudah berlaku di dalam dunia Islam. Ia menjadi suatu penyakit dikalangan umat yang terlalu rapuh imannya. Allah S.W.T. berfirman maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang ( kepada kekafiran ) sesudah petunjuk itu menjadi jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah ( berbuat dosa ) dan memanjangkan angan-angan mereka. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( orang-orang munafik ) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi),”Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan…”(Muhammad: 25-26)


Beberapa tahun yang lepas negara kita telah dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berbahagia Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perak Dato’. Hj. Harussani bin Haji Zakaria, bahawa terdapat jumlah yang besar umat Islam terutamanya melayu telah murtad. Dan baru-baru ini pula kita digemparkan lagi didalam akhbar Metro dengan kenyataan yang didedahkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu. Menurut beliau, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan. Walau bagaimana pun, beliau tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad dan beliau juga tidak mengatakan jumlahnya sedikit.

Inilah fenomena yang berlaku didunia umat Islam kini khususnya di Malaysia, walaupun sesetengah orang menganggap isu ini sudah berulang kali diutarakan, pada mulanya panas dibincangkan kemudian beberapa ketika semuanya diam tanpa sebarang tindakan, walaupun ada sesetengah NGO yang mengambil serius hal ini. Sehinggakan baru-baru ini Majlis Peguam Negara telah mula campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam dengan cara menganjurkan forum yang bertajuk “Memeluk Islam”. Apakah tujuan sebenar forum itu dianjurkan?. Dimanakah sensitiviti kita sebagai umat Islam yang kini dicabar oleh musuh-musuh kita. Adakah agama Islam dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah?, bak kata Nabil raja lawak “Lu pikir sendiri la”. Saya tertarik dengan pendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menghendaki seluruh hal-ehwal umat Islam di Malaysia hendaklah dibicarakan di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Apa gunanya Mahkamah Syariah jika skopnya hanyalah terlalu kecil berbanding dengan Mahkamah Sivil. Dimanakah yang dikatakan sebagai negara Islam jika masih memakai sistem perundangan “Jahiliah” barat. Bukan hanya perundangan tetapi urusan-urusan lain, lihatlah sesetengah masyarakat kita yang beragama Islam mengamalkan amalan dan budaya kolot jahiliah, sebagai contoh berjudi, meminum arak, menghadiri kelab-kelab malam atau disko,mengamalkan seks bebas, mengamalkan ekonomi kapitalis dan bermacam-macam lagi yang pada tanggapan mereka ia adalah amalan dan budaya moden dan bertamadun padahal ia adalah budaya kuno jahiliah, kolot, lapuk yang telah ditinggalkan oleh orang-orang kuno tetapi mereka hidupkan kembali amalan-amalan dan budaya ini. Inilah perancangan yang telah dihidupkan oleh gerakan-gerakan musuh Islam lalu diberi makan dan minum kepada umat Islam yang dahagakan kemodenan yang bertamadun, tetapi sebenarnya racun yang disuap dan diberi kepada mereka, sehinggakan menjadi penyakit yang semakin merebak.

Menurut Syeikh Allamah Sa’id Hawa dalam bukunya Jundullah Thaqafah wa Akhlaqan “disetiap negara umat Islam ada banyak organisasi kafir atau agen-agen rahsia yang amat besar; agen yang besarnya sukar digambarkan oleh manusia dan kita pun hanya mengetahuinya sedikit sahaja”. Agen-agen inilah yang menyebarkan penyakit murtad, jika antibodi umat Islam tidak kuat maka kemungkinan penyakit ini akan menyerang dirinya sedikit demi sedikit atau sekaligus. Menurut beliau lagi “Anda akan menyaksikan parti-parti kebangsaan dan nasionalis serta tokoh-tokoh individu. Dan kebanyakannya, setiap parti-parti itu disokong oleh agen-agen pemikiran dan agen-agen politik milik kaum kafir”.

Lihatlah perancangan-perancangan musuh Islam untuk menjatuhkan Islam begitu tersusun rapi tanpa kita sedari, lalu ia menyelinap masuk didalam masyarakat Islam dan sedikit demi sedikit menghancurkan Islam. (Ya Allah! Lindungi kami umat Islam dari perancangan musuh-musuh kami sama ada musuh zahir dan musuh batin).

Ideologi Nasionalisme

Tidak lama lagi kita akan menyambut sambutan hari kemerdekaan negara yang ke berapa ntah? SeringkaliTahukah anda Nasionalisme merupakan salah satu daripada lima rukun yang terdapat didalam rukun Gerakan Freemasonry dan Zionisme (Buku Gerakan Freemasonry Orientalis Kristianisasi Musuh dalam Menghancurkan Islam). Menurut ensiklopedia Britannica atau ensiklopedia America yang dimaksudkan dengan Nasionalisme adalah : “Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. It the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community”.
Pengertian ini bermakna Nasionalisme merupakan suatu ikatan yang berbentuk secular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian.
Ia adalah merupakan satu panduan cara hidup secular masa kini yang menggantikan panduan hidup dari sumber agama. Ia adalah fahaman penyatuan manusia berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara diatas segala kepentingan yang lain.

Bersambung……..

mannmuslimz,
Behira, Damanhur, Arab Republic of Egypt,
Ahad 3:23 petang.