Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Khamis, 21 Mei 2009

Kerana Setitis Air Mata Ustazah….


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah menciptakan aku dari setitis air yang kalau jatuh ke bumi memang xde makna..Dan dalam banyak-banyak sperma yang bergerak Allah telah memilih aku untuk menikmati kehidupan yang telah Dia ciptakan ni..

Deru angin yang berlalu membelai pipiku sepoi2 bahasa arab ammi…Aku teruja untuk menulis cerita ni, memandangkan ada exmadias yang telah menulis artikel diorang.. cite aku adalah cite benar yang telah aku adaptasikan didalam blog ni..hehe..permulaan perubahan dalam hidup aku..disinilah aku bermula mengorak langkah mengenali duniaku yang sebenar..

Cerita ni berlaku beberapa tahun dahulu,sewaktu aku di tingkatan 4 lagi..masa tu aku di kelas 4B ( maklumla tak pandai macam kawan2 4A). Aku seorang pengawas sekolah yang telah dilantik oleh seorang Ustaz yang memang terkenal degan ketegasannya dalam bidang disiplin dan tatatertib budak2 nakal ( sape lagi kalau bukan Ustaz Aziz, semoga beliau sihat selalu ).camne aku nak street to da point cite ni yee..hehe..senang cite dikisahkan pada suatu hari sewaktu aku ditingkatan 4 aku telah dipanggil oleh seorang ustazah yang memang terkenal dengan keberanian dan kegarangannya dalam mendisiplinkan pelajar2..Ustazah Rogayah nama sebenar, adalah seorang ustazah yang sangat tegas tetapi baik hati mendidik pelajar2nya..Ustazah nak jumpa aku masa tu sebab ada hal yang nak dibincangkan. .aku pun pikiq la, apa la salah aku ni,sampai ustazah nak jumpa, xpernah2 dia nak jumpa aku..Lalu aku dengan muka dan wajah yang bersalah terus meluru pergi berjumpa dengan ustzh Rogayah. . Rupa-rupanya ustazah nak bagi nasihat kat aku..Aku sembang dgn Ustazah dpan pjabat.. sembang punya sembang last2 ustazah menitiskan air mata kat depan aku..perghh!!! biaq betui ustazah ni (kata dalam hati aku)…Ustazah bagi nasihat kat aku supaya aku berubah jadi pelajar yang baik, jangan la ikut terpengaruh dengan budaya2 yang tak sihat kat luaq sana tu..paling aku xleh lupa ustazah cakap kat aku ehem!!...”Ustazah dah anggap kamu ni macam adik ustazah sendiri”..tersentak hati aku ni, pasai pa aku pun xtau..aku tau aku ni memang nakal, tapi aku xpernah buat kejahatan-kejahatan yang boleh menyalahi agama dan undang2..Lepaih dari peristiwa tu,aku mula berfikir, betul jugak cakap ustazah tu, sampai bila aku nak hidup macam ni tanpa matlamat hidup..






Lalu hari demi hari aku mengorak langkah berusaha belajar bersungguh-sungguh,.Alhamdulillah aku dh nampak jalan,( kalau dulu jalan mati jee )… Paling aku xleh lupa masa form 5 pertama kali aku dapat no 1 kat dalam kelas (xde la bangga sangat cuma jadi motivasi untuk aku terus yakin pada diri dan teruskan belajar).. Lepas SPM aku terus sambung belajar kat UDM dan kini aku di tahun akhir Universiti Al-Azhar, Damanhur, Mesir.

Aku nak ucapkan terima kasih kat Ustazah Rogayah sebab dia dah bnyak mengubah hidup aku supaya menjadi manusia. Hasil titisan air mata dia tu buatkan aku terkenang sampai sekarang..Aku kecewa sebab aku xsmpat nak ucap terima kasih kat dia masa aku form4 sebab dia banyak tolong dalam pelajaran..aku nak bagi hadiah tapi dia dah pindah sekolah..aku xsempat nak jumpa..( kalau ada sesape trjumpa dgn dia cakap aku ucap tima kasih bebanyak ) Sempena Hari Lebaran yang Mulia ni ehem!! Hari Guru ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Ustazah Rogayah dan kepada semua Ustazah2 ,Ustaz2 dan Guru yang telah mendidik aku masa belajar di Madias dulu..Jasa korang semua aku xpernah lupa.. sebab disitulah aku belajar bermacam2 perkara dalam hidup aku..Walaupun kita hanya sekolah yang menumpang disekolah orang lain, dan gaji yang dibayar kepada Guru tidaklah selumayan berbanding sekolah lain, tetapi berkat keikhlasan dalam mendidik dan member I tunjuk ajar kepada kami, itulah yang telah menjadikan kami sebagai manusia yang berilmu dan mengenal diri… Aku rasa dah sampai masanya aku mengundurkan diri dari cerita aku yang penuh dengan keserabutan sebab aku baru balik dari exam terus buka laptop dan tulis cerita ni..sape2 yang ahli bahasa tu harap dapat maafkan aku diatas kesalahan tatabahasa Melayu..hehe..



“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan. Kepahitan hidup yang diterima dengan lapang dada bererti telah mendekati tangga keberhasilan hidup. Tidak ada yang lebih kaya dari akal dan tidak ada yang lebih miskin dari kejahilan”.



“SELAMAT HARI GURU”



( ex-MADIAS 1999-2003 ) Mann_muslimz ( http://syarbinimuslim.blogspot.com/ ) Universiti Al-Azhar, Behira, Damanhur, A.R.E

Jumaat, 15 Mei 2009

Ekonomi Islam : Bursa Saham dari Perspektif Islam




ABSTRAK

Islam Ad-Din yang syumul merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi. Dalam bidang muamalah, Allah telah mensyariatkan jual beli yang halal dan melarang urusniaga berbentuk riba. Firman Allah SWT :
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: “Dan Allah menghalalkan Jualbeli dan mengharamkan riba”

Setiap muslim disarankan agar meneliti setiap urusan muamalah agar tidak terjerumus ke dalam perkara yang haram. Rasulullah amat mengambil berat soal kesucian harta hingga apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda mendirikan pasar khas untuk kaum muslimin yang menjalankan muamalah secara halal kerana melihat pasar Madinah yang sedia ada didominasi oleh golongan Yahudi yang mengamalkan muamalah riba dan unsur-unsur yang haram.

Kertas kerja ini akan membincangkan bursa saham yang merupakan medan urusniaga yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap ekonomi negara masakini dan diceburi oleh ramai umat Islam. Perbincangan ini akan menganalisa aspek-aspek yang terdapat di dalam bursa saham secara terpisah kerana setiap aspek mempunyai hukum yang tersendiri.

1.0 DEFINISI BURSA SAHAM (STOCK EXCHANGE – بورصة الأوراق المالية )

Bursa (bourse/exchange) ialah lokasi berpusat yang menjalankan perdagangan instrumen kewangan. Terdapat pelbagai jenis bursa masa kini, antaranya: bursa komoditi, bursa mata wang asing, bursa opsyen, bursa sekuriti/saham dan sebagainya.

Bursa saham atau bursa sekuriti (stock exchange) ialah sebuah institusi (seumpama pasar) yang menjalankan urusniaga sekuriti di mana ia membentuk pangkalan utama yang memudahkan peredaran harta daripada individu, institusi dan sektor yang pelbagai, yang membantu mengembangkan harta dan menggalakkan pelaburan untuk kepentingan ekonomi.

Kebiasaannya, nama bursa diberikan kepada tempat yang dikhususkan untuk jualbeli sekuriti (sijl-sijil saham, bon dan sebagainya) di mana orang-orang yang bermuamalah dengan sekuriti ini berkumpul di situ untuk membeli atau menjual bon-bon kerajaan atau saham-saham syarikat yang disenaraikan. Biasanya proses jual beli dilakukan dengan perantaraan broker-broker atau orang tengah.

2.0 SEJARAH BURSA SAHAM

Perancis merupakan negara kelahiran bursa saham pertama, iaitu pada kurun ke-13 Masihi, di mana berlaku urusniaga bon antara para peniaga hingga Raja Perancis, King Philip (1268-1314M) telah mewujudkan broker mata wang bagi mengusun urusniaga antara para peniaga. Pada masa yang sama, gerakan perniagaan di Baljika memberangsangkan di mana para peniaga di negeri Bruges berhimpun di istana keluarga Van der Bourse untuk menjalankan urusniaga. Perkembangan ini telah menyebabkan mereka mengambil sempena nama keluarga pemilik istana tersebut bagi menggambarkan urusniaga ini hingga akhirnya perkataan Bourse atau Bursa ini digunakan untuk pasaran urusniaga sekuriti.

Perkembangan ini akhirnya menyaksikan penubuhan bursa saham di negara Belanda, Amerika Syarikat dan kebanyakan negara industri pada kurun ke-19 M. Bagi negara Islam pula, bursa saham diperkenalkan oleh negara yang menjajah. Mesir merupakan negara pertama di Timur Tengah yang mempunyai bursa saham iaitu pada akhir kurun ke-19 M. Di Malaysia, aktiviti broker dan syer dijalankan sejak akhir abad ke-19. Pasaran Saham Malaysia yang pertama ditubuhkan pada 1937 di bawah nama pasaran Broker Saham Malaya. Walau bagaimanapun perdagangan tidak dijalankan sehinggalah bulan Mei 1960.

3.0 OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN BURSA SAHAM

Penubuhan bursa saham mempunyai beberapa objektif, antaranya:
1. Menyediakan tempat pasaran yang membolehkan pihak yang memerlukan modal mendapatkan modal melalui jual beli sekuriti yang disenaraikan
2. Menyediakan perkhidmatan yang bersangkutan urusan pelaburan dan maklumat saham kepada pelabur di samping mewujudkan minat terhadap pasaran sekuriti di kalangan pelabur dan orang awam

Antara kepentingan dan peranan bursa saham terhadap ekonomi ialah:
1. Mencairkan matawang dan menyalurkannya untuk projek-projek pelaburan
2. Memberikan indeks am tentang pergerakan harga, harta dan pelaburan, sekaligus menggambarkan kedudukan ekonomi negara
3. Menyumbang kepada meningkatkan keupayaan ekonomi dengan pelbagai projek pembangunan
4. Medan negara mencapai kestabilan matawang daripada urusniaga sekuriti bagi mengelakkan inflasi