Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Ahad, 23 Ogos 2009

Aku Tengah Merepek Korang Baca La Kalau Rajin...


Alhamdulillah selangit kesukuran ku panjatkan kepada Ilahi diatas nikmat Iman dan Islam, nikmat tubuh badan yang diberikan dan segala nikmat yang telah Dia berikan.

Dah lama aku tak jenguk blog aku yang semakin hari nak dimamah anai2 dan pijat2..
Ntah macam mana hari ni aku bangun tidur terus buka blog aku teratak yang dah usang ni.
Hari ni dah masuk hari ketiga berpuasa, cuaca panas negeri Behira bandar Damanhur ni,mendakap tubuh aku...rasa panas jee...

Dalam tahun ni dah bermacam2 benda dah aku lalui selama berada di bumi anbiya' ni. Pada 3 ogos yang lalu Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT 09 ) telah diadakan di Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur..Hari tu adalah hari terakhir aku melepaskan tanggungjawab yang telah diberikan oleh ahli DPMDM dan PMRAM selama ni.. Selama satu sesi aku ditaklifkan sebagai Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan banyak benda yang aku pelajari..yang paling aku suka ialah bersama2 sahabat dalam usrah yang diadakan setiap minggu..Banyak nilai2 positif yang aku dapat daripada kengkawan aku.

Pada 2 minggu yang lalu pulak, natijah imtihan dah keluar..Alhamdulillah aku bersyukur atas keputusan yang aku dapat walaupun tak sehebat sahabat2 aku yang lain.. Semuanya bergantung atas usaha dan kehendak kita serta ketentuan daripada Allah s.w.t.sejauh mana kita berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t..Kadang2 Allah berikan kejayaan kepada kita adalah untuk menguji tahap kesyukran kita kepada Allah s.w.t. dan sejauh mana kita dengan kejayaan kita itu, adakah kita lalai atau terus bersyukur..dan kadang2 Allah berikan kejayaan itu kepada kita untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah dan beramal dengan apa yang kita pelajari dan fahami selama ini..ada pepatah menyebut kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.. tidak semestinya orang yang gagal itu bermakna dia tidak berjaya, daripada pandangan manusia mungkin nampak gagal, akan tetapi pada pandangan Allah macam mana?? kita tidak tahu..Mungkin Allah sediakn sesuatu yang lebih baik yang kita sendiri tidak mengetahuinya..

Ingatlah walau apa pun yang kita dapat, semuanya datang daripada Allah s.w.t, janganlah kita berbangga dengan apa yang kita ada, sama ada harta, keturunan, dan sebagainya, kerana semua tu adalah milik Allah..Allah berikan kepada kita supaya kita menjaga amanah Allah itu dengan sebaik mungkin..Mohonlah kepada Allah supaya apa yang kita ada itu tidak menjadi fitnah buat diri kita..Insya Allah..



Sempena di bulan Pose yang mulia ni, aku nak memohon kemaafan la kepada semua sahabat2 aku tak kira dimana diorang berada, Africa, Asia, Kutub Utara, Kutub Selatan, Lautan Artik atau dimana saja..Aku mintak halal segalanya daripada kengkawan semua..Tak lama lagi aku akan berlepas ke tanah suci untuk buat Umrah, jadi dengan kesempatan yang ada ni la aku nak mintak maaf kat semua dan mintak halal segalanya...

Kepada kawan2 aku yang nak amik imtihan tasfiah ni, aku doakan semoga korang semua najah, dan kepada semua kawan2 teruskan usaha. Dan jugak kepada adik2 dan tunang aku yang berada di Malaysia, semoga success selalu..

Posting kali ini hanyalah sekadar mengisi ruangan masa yang aku ada. segala salah dan silap hope di maafkan..

No response to “Aku Tengah Merepek Korang Baca La Kalau Rajin...”