Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Selasa, 23 Disember 2008

.::Salahudin Al-Ayubi Pembangkit Semangat Islam::.( Bahagian Akhir )

Perangai Salahuddin

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.

Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.

Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.
Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai.

Salahuddin Sebagai Ulama

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.

__________________________________________
Rujukan :

Petikan dari Abul Hassan Ali Nadwai
Judul asli : Saviors of Islamic Spirit.

Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.
Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir
(diterbitkan 1317h):31,32-33, 7,155 Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99.

Note :
Salahuddin adalah yang menghidupkan Mawlid Nabi Muhammad saw, hingga tentara
islam terus berjaya.

.::Salahudin Al-Ayubi Pembangkit Semangat Islam::. ( Bahagian 2 )

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhanya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.

Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.

Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.

Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk ongkos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung ongkos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara'

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.

Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya.

Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajad-lah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini."

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi".


bersambung......

Khamis, 18 Disember 2008

.::Salahudin Al-Ayubi Pembangkit Semangat Islam::.( Bahagian 1 )


Assalamualaikum w.b.t..

Biografi Salahuddin Al-Ayyubi

Kali ni ana hanya nak kongsi riwayat hidup ringkas Pejuang yang menjadi idol ana dari dulu dan sekarang. Salahuddin Al-Ayubi.Marilah kita sama-sama membaca biografi beliau.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuranhingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216).

Pertukaran Hidup Salahuddin al Ayubi

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggung jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan
yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerah kan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahwa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga senin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234).

Peperangan Hittin

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.

Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad saw atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit.

Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka. Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah.

Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.


bersambung....



Sabtu, 13 Disember 2008

Mari Kenal Siapakah Yahudi dan Sejarahnya...


Muqaddimah

Negara haram Israel tidak akan berkekalan. Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.


Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.



Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

# Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
# Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
# Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
# Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
# Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
# Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
# Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
# Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
# Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
# Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.


Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:
Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.


Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.



p/s: dipetik dari darulnuqman.com untuk dikongsi..

SIAPA AKU?(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)


SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...




Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.


p/s: dipetik daripada http://www.palestinkini.info
hasil nukilan : wewr

Isnin, 6 Oktober 2008

Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum w.b.t…


Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana. Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam. Disuatu pagi, sedang ana membelek-belek kisah-kisah teladan yang ada, tiba-tiba ana terbaca satu kisah tentang cinta seorang ibu terhadap anak-anaknya, cerita ini juga mengingatkan ana tentang cerita Asma’ binti Abu Bakar dan anaknya Abdullah bin Zubair yang ana pelajari semester lepas. Mudah-mudahan Allah s.w.t. sentiasa memelihara dan melindungi seluruh umat Islam.

Bermulalah sebuah kisah seorang wanita yang sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :



"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua tentera Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.



Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Ana memohon maaf diatas kesilapan yang terdapat dalam cerita diatas....

Wa Allahu A’lam..

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah”.




mannmuslimz,
Behira, Damanhur, Arab Republic of Egypt
Ahad 9:00 pagi



Sabtu, 4 Oktober 2008

Blogz Pertama Aku...Dah guNa SeMuLa::...

Assalamualaikum....


من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502)..

Ehem...Selamat Hari Laye semua.Sebenarnya ana takde apa yang nak dipostingkan kali ni.Cuma ana nak buat satu pemberitahuan, segala cerita2 mengarut tentang ana dalam blog ni, ana tukarkan ke blog lama ana. Blog ni ana nak bersihkan dari cerita2 yang tak berpekdah.huhu..

klik pada gambar diatas tu..atau klik sini...

Ana rasa sampai sini dulu untuk posting kali ni yang serba ringkazz dan tak berapa padatzz..

Ana mintak maaf sekiranya ada salah dan silap dari semua orang yang kenal ana.

Isnin, 29 September 2008

Pengumuman Rayeeeeee...

Assalamualaikum...

29 September 2008, Dalam TV: Semalam penyimpan mohor besar Raja2 telah mengisytiharkan kepada seluruh rakyat Malaysia tarikh hari raya Aidil Fitri tahun ni jatuh pada 1 Oktober 2008 M bersamaan 1 Syawal 1429 H hari Rabu....








Kepada member2 ana yang ada kat Damanhur DPMD ada buat sambutan Hari Raya pada pagi tersebut...untuk maklumat lanjut tengok iklan tu..klik kat situ...atau layari http://dpm-damanhur.blogspot.com/

So..kesempatan yang ada ni.Ana nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Umat Islam di Malaysia dan dimana jua korang berada..Time raya jangan malaz2 pergi solat raya dan ziarah sanak saudara, kawan2...

"Kullu 'Am Wa Antum Bil Khair"

Ahad, 28 September 2008

Raya Nak Mai Dah...Selamat Hari Raya..

Assalamualaikum...


Apa habaq eberybady...harap smua sihat...cmne ngn pose korang? Dah lama ana tak update blog ni..
bukan tak nak update tapi entahla..ni yang ana update ni pun sebab dapat kad raya dari member2..

Tujuan ana update ni pun sebab nak ucapkan bebanyak terima kasihzz kt member2 sebloggerszz...

Jadi di kesempatan yang ada ni, ana dengan rendah hati menyusun semua jari yang ada tak kira jari kaki ke tangan ke, ingin memohon kemaafan dari hujung kopiah sampai hujung stokin kepada seluruh bloggerz2 yang prnah singgah kt Teratak ambe yg ntah pa pe ni..Kepada Mak ngn Ayah yang dok kat utara Kedah, cek kt cni nak mintak maaf dari cek dilahirkan sampai la sekarang ni sekiranya cek ada bt salah kat mak ngan ayah..Insya Allah klu umur cek panjang kita jumpa nanti..

Kepada all my prenzz, sama ada yang kenal ana atau pun tak kenal, ana nak mintak maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkasar perbuatan, terambik pe2 yang tak sepatutnya ana ambik, terkutuk korang, terbelasah korang, dan bermacam2 "ter" lagi..ana memohon maaf di Hari Lebaran yang bakal menjelma tak berapa hari lagi..Jangan lupa raya nanti jemput datang rumah, bawa jemput2 sekali...

Photobucket
kepada Ostat Pamieszzz..tima ksih bebanyak bagi kad raya ni..sori ana tak de kad raya..ucapan ada la...memang cantik kad raya ni..


Photobucket
kepada Ostat Gazly...syukran 4 da greeting kad ni...len kali buat banyak lagi ye...

Kepada Ostat2 dan Ostazah2, Cikgu2, Lecturer2, Guru2 Silat, dan guru2 lain yang telah mendidik ana dari bangku dan meja sekolah lagi, al-faqir dengan rendah diri memohon kemaafan sekiranya al-faqir ni ada buat salah ngan kalian masa zaman muda2 dulu sampai la sekarang..Kalau bukan kerana kalian semua, ana tak kenal pa pe, terima kasih diatas semua ilmu yang dicurahkan...

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tak lama lagi, ana mengucapkan rasa bersyukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t. yang telah memberi peluang untuk ana hidup dan beribadat kepadanya..kepada saudara2 ana yang berada di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan dimana juga diorang berada..Ana doakan semoga kalian berada dalam keadaan selamat ketika menyambut Syawal nanti, semoga Allah s.w.t. melindungi kalian semua dari pelbagai penindasan dan kekejaman musuh2 Islam...Semoga suatu hari nanti Allah akan memberikan kemenangan kepada kita semua Umat Islam..kepada yang seronok nak beraya jangan lupakan saudara2 kita kat sana ye...

Akhir kalam dari ana, semoga ramadhan dan raya tahun ni membawa satu perubahan kepada diri kita semua, perubahan ke arah kebaikan..kepada rakan2 yang suka membloggerzkan diri tu teruskan lah usaha kalian untuk membloggerzkan diri...maaf ana tak de kad raya macam korang semua..yang ada hanya ucapan...

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

KEPADA SELURUH UMAT ISLAM WALAU DIMANA JUA KALIAN BERADA"

"KULLU 'AM WA ANTUM BILKHAIR"

Ahad, 31 Ogos 2008

Perutusan Khas Sempena Ramadhan Dari Encik Mann Muslimz...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk dan alam seisinya. Selawat dan Salam keatas junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..Setelah beberapa bulan menuggu akhirnya bulan yang mulia yang dinanti-nantikan tiba. Tanggal satu Ramadhan semua umat Islam tak kira yang muda, tua, kaya, miskin, setelah cukup syarat mukallaf semuanya diwajibkan berpuasa, tak leh nak memonteng. Inilah masanya untuk mertabiahkan diri dengan amalan2 yang boleh menyucikan diri dari dosa seperti membanyakkan amalan2 sunat, membaca al-Quran dan mengkhatamnya, solat sunat tarawih ( masa aku kecik2 dlu diorg sebut Tarawikh aku pun kdg2 terikut2 jgk), solat tahajjud, banyakkan bersedekah kalau boleh tabaruuk la apa yang ada, dan berzikir kepada Allah S.W.T.

Firman Allah yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Sempena bulan yang mulia ni, janganla bulan puasa ni dijadikan alasan untuk malas2 bekerja, talaqi dan sebagainya (termasukla aku ni)..Hendaklah menjaga tingkah laku dan diri daripada perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa. Inilah tarbiyah untuk membersihkan jiwa yang telah dikotori selama beberapa bulan yang lalu.

Disamping itu,janganla kita lupakan saudara-saudara kita yang berada di dalam kancah peperangan yang ditindas oleh musuh-musuh Islam, terutama di Palestin, Iraq, Filipina, Thailand dan seumpamanya. Marilah kita sama-sama menitipkan doa dibibir, mengangkat dan menadah tangan memohon doa kepada Allah S.W.T. supaya saudara-saudara kita diberikan perlindungan dan pertolongan oleh Allah S.W.T. Hulurkan tangan memohon doa, untuk saudara-saudara kita.

Sesungguhnya Ramadhan banyak mengajar kita tentang nilai-nilai yang baik untuk menjadi muslim, mukmin dan hamba kepada Allah S.W.T. Kedatangan Ramadhan mengajar kita supaya tunduk dan mengikut perintah Allah S.W.T., bersabar dalam segala hal, mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., merapatkan ukhwah dan mahabbah sesama muslim dan sebagainya.

Jadi rebutlah peluang yang ada ni, dengan berlumba-lumba mengumpulkan saham untuk bekalan kita di akhirat kelak. Janganla dibulan yang mulia ni kita membazir, kerana Ramadhan datang mengajar kita supaya berjimat cermat, bukan berbelanja mengikut hawa nafsu.Hidangkanlah telinga kita dengan helwa alunan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim, bukan dengan konsert-konsert yang boleh melalaikan kita.

Akhir kalam dari aku, Ramadhan kini kau datang, amat rugilah orang-orang yang tak mahu merebut fadhilat yang ada padamu.Sekali kau datang belum tentu kami akan bertemu dengan mu kembali pada tahun akan datang. Kemungkinan ketika itu kami telah pun dijemput untuk menghadap Yang Mencipta diri kami dan dirimu iaitu Allah Rabbul 'Izzati..

"Saya Dengan Ini Mengisytiharkan Kita mula Pose hari ni.....Pose ye jgn tak Pose...."

Wa Allahu 'Alam...



Perutusan Khas Ramadhan Dari TG Abdul Hadi Awang


Assalamualaikum...

Ni ambe ada perutusan khas sempena Bulan Pose ni dari Tuan Guru kita, ana petik dari akhbar HarakahDaily.....meh la baca...



Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.


"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Sumber Rujukan Dipetik Dari Harakah Daily 31.8.2008

Sabtu, 30 Ogos 2008

PERMIS 08 ( Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia )


Assalamualaikum…

Bertarikh 25 dan 26 Ogos telah berlangsung satu persidangan yang mengumpulkan wakil-wakil pelajar dari luar negara. Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia atau PERMIS telah diadakan di Dewan Kristal, Sally Mall, Kaherah, Mesir. Beberapa orang delegasi sebagai wakil pelajar telah hadir daripada beberapa buah negara antaranya dari Yaman, United Kingdom, Syria, Jordan, Jepun, dan termaksuk Mesir.

Persidangan yang diadakan selama dua hari ini telah membincangkan beberapa perkara dan pembentangan beberapa kertas kerta. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah

1-Teori Fiqh Al-I’tilaf oleh Ust Abdul Mu’izz bin Muhammad,

2-Pemikiran Al-Qardhawi Gandingan Golongan Ulama’ dan Profesional dalam Memperkasa Ummah oleh Dr. Dzulqarnain Bin Ahmad Iskandar Shah (MPPMJordan)

3-Tajdid Dalam Kesatuan Berfikir dan Bekerja oleh Ustaz Hairul Faizal bin Isa, Presiden (PPMS) Syria.

4-Pengukuhan Ekonomi dan Kepentingan kepada Gerakan Islam, oleh Saudara Azzad bin Azzman ( FOSIS ) United Kingdom.

5-Peranan Ulama Dalam Mendepani Modenisasi di Malaysia, oleh Ust Ahmad Fathi Bin Muhammad, (PMMM) tetapi telah dibentang oleh wakil beliau.

6-Menangani Gerakan dan Mangsa Murtad oleh Presiden ( PERMAYA ) Yaman.


Hasil dari pembentangan kertas kerja telah mencapai beberapa resolusi. Selain itu, beberapa orang member2 aku yang suka memblogerskan diri jugak hadir masa tu, antaranya Pamiesz, dan Aminuddin.






ni la brader2 yang bentang kertas kerja pada hari tu...


perghhh...khusyuk btui budak2 ni dgr pembntangan tu..smpai terlentok layan alunan merdu suara sang pembntang...








Akhawat pun khusyuk dgr, diorg pun sama naik bercakap hari tuh...ish!! sempoi diorg ni ckp..tgu2 jap lagi ana ada soalan nak tny ni...


Kemerdekaan, Ramadhan dan Konsert Avril Lavigne

Assalamualaikum.....

Baru-baru ini Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia 08 telah diadakan di Stadium Merdeka. Konsert ni telah di hadiri oleh hampir 10,000 pengunjung untuk melihat artis kesayangan yang menjadi simbol seks dengan kelakuan yang ala-ala jahiliah...Sedih sungguh apabila difikirkan, apa sudah terjadi kepada negara kita, dimanakah sensitiviti kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai umat Islam..Walaupun konsert ini pada mulanya telah dibatalkan namun usaha untuk mengadakannya kembali terus dilaksanankan.
ni la artis yg selalu dipuja2, menunjukkan isyarat tak senonoh..


Tidak lama lagi kita akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan dan Menyambut Kedatangan Ramadhan, jika inilah pengisian yang diterapkan di dalam negara kita, tidak mustahil negara kita mungkin akan hilang jatidirinya sebagai sebuah negara yang merdeka. Mungkin ada orang yang tidak bersetuju denagn pendapat aku ni( lantak la, sebab ni pendapat aku)..

Inilah remaja yang telah dikuasai oleh tanduk Avril Lavigne

amboi cik kak ni rasa bangga dan tanpa segan silu mengikut "sunnah" Si Avril..apekejadah semua ni..dimanakah maruah anda sebagai muslimah?



Tapi cuba la fikir, berapa banyak benda maksiat yang ada kat dalam Konsert tu...sungguh malang bagi umat Islam yang hadir dalam konsert tersebut. kenapa perlu dipuja-puja artis yang langsung tidak boleh memberikan manfaat kepada kita sebagai umat Islam bahkan terus melalaikan kita dari Sang Pencipta kita. Sedarlah wahai orang-orang yang terlalu memuja artis, Nabi kita bersabda :

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi
Berdasarkan daripada hadis diatas salah satu tanda-tanda kiamat ialah golongan yang menyanjung artis. Sepatutnya di saat-saat kita menyambut Hari Kemerdekan dan Menyambut Bulan Ramadhan mestilah di isi dengan program-program yang boleh meningkatkan kesedaran dan menaikkan semangat untuk memelihara negara daripada penjajahan budaya kurap dan jahiliah dari Barat (kafir).

Tanpa kita sedari kini, dikalangan kita sedang disuap racun dan disuntik dadah kelalaian dari penjajah barat untuk memusnahkan rakyat dinegara kita, terutamanya umat Islam yang macam aku ni..

Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dari konspirasi dan penjajahan jahiliah barat yang sentiasa berlegar dan mencari mangsanya.

Wa Allahu A'lam...

"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."

mann_muslimz
Hayyu 'Asyir, Kaherah, Mesir




Selasa, 19 Ogos 2008

Konspirasi Musuh Memurtadkan Umat Islam. ( Bahagian 1 )

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk dan sekelian alam, hanya kepadanya kita sembah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kalimah yang perlu dihayati dan ditegakkan sebagai umat Islam. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus.... (Qs.al-Baqarah:256)

Masalah Murtad di dunia Islam

Jika kita mengimbau kembali sejarah sejak zaman Rasulullah sehingga zaman kini, jelas kemurtadan sudah berlaku di dalam dunia Islam. Ia menjadi suatu penyakit dikalangan umat yang terlalu rapuh imannya. Allah S.W.T. berfirman maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang ( kepada kekafiran ) sesudah petunjuk itu menjadi jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah ( berbuat dosa ) dan memanjangkan angan-angan mereka. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( orang-orang munafik ) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi),”Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan…”(Muhammad: 25-26)


Beberapa tahun yang lepas negara kita telah dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berbahagia Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perak Dato’. Hj. Harussani bin Haji Zakaria, bahawa terdapat jumlah yang besar umat Islam terutamanya melayu telah murtad. Dan baru-baru ini pula kita digemparkan lagi didalam akhbar Metro dengan kenyataan yang didedahkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu. Menurut beliau, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan. Walau bagaimana pun, beliau tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad dan beliau juga tidak mengatakan jumlahnya sedikit.

Inilah fenomena yang berlaku didunia umat Islam kini khususnya di Malaysia, walaupun sesetengah orang menganggap isu ini sudah berulang kali diutarakan, pada mulanya panas dibincangkan kemudian beberapa ketika semuanya diam tanpa sebarang tindakan, walaupun ada sesetengah NGO yang mengambil serius hal ini. Sehinggakan baru-baru ini Majlis Peguam Negara telah mula campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam dengan cara menganjurkan forum yang bertajuk “Memeluk Islam”. Apakah tujuan sebenar forum itu dianjurkan?. Dimanakah sensitiviti kita sebagai umat Islam yang kini dicabar oleh musuh-musuh kita. Adakah agama Islam dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah?, bak kata Nabil raja lawak “Lu pikir sendiri la”. Saya tertarik dengan pendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menghendaki seluruh hal-ehwal umat Islam di Malaysia hendaklah dibicarakan di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Apa gunanya Mahkamah Syariah jika skopnya hanyalah terlalu kecil berbanding dengan Mahkamah Sivil. Dimanakah yang dikatakan sebagai negara Islam jika masih memakai sistem perundangan “Jahiliah” barat. Bukan hanya perundangan tetapi urusan-urusan lain, lihatlah sesetengah masyarakat kita yang beragama Islam mengamalkan amalan dan budaya kolot jahiliah, sebagai contoh berjudi, meminum arak, menghadiri kelab-kelab malam atau disko,mengamalkan seks bebas, mengamalkan ekonomi kapitalis dan bermacam-macam lagi yang pada tanggapan mereka ia adalah amalan dan budaya moden dan bertamadun padahal ia adalah budaya kuno jahiliah, kolot, lapuk yang telah ditinggalkan oleh orang-orang kuno tetapi mereka hidupkan kembali amalan-amalan dan budaya ini. Inilah perancangan yang telah dihidupkan oleh gerakan-gerakan musuh Islam lalu diberi makan dan minum kepada umat Islam yang dahagakan kemodenan yang bertamadun, tetapi sebenarnya racun yang disuap dan diberi kepada mereka, sehinggakan menjadi penyakit yang semakin merebak.

Menurut Syeikh Allamah Sa’id Hawa dalam bukunya Jundullah Thaqafah wa Akhlaqan “disetiap negara umat Islam ada banyak organisasi kafir atau agen-agen rahsia yang amat besar; agen yang besarnya sukar digambarkan oleh manusia dan kita pun hanya mengetahuinya sedikit sahaja”. Agen-agen inilah yang menyebarkan penyakit murtad, jika antibodi umat Islam tidak kuat maka kemungkinan penyakit ini akan menyerang dirinya sedikit demi sedikit atau sekaligus. Menurut beliau lagi “Anda akan menyaksikan parti-parti kebangsaan dan nasionalis serta tokoh-tokoh individu. Dan kebanyakannya, setiap parti-parti itu disokong oleh agen-agen pemikiran dan agen-agen politik milik kaum kafir”.

Lihatlah perancangan-perancangan musuh Islam untuk menjatuhkan Islam begitu tersusun rapi tanpa kita sedari, lalu ia menyelinap masuk didalam masyarakat Islam dan sedikit demi sedikit menghancurkan Islam. (Ya Allah! Lindungi kami umat Islam dari perancangan musuh-musuh kami sama ada musuh zahir dan musuh batin).

Ideologi Nasionalisme

Tidak lama lagi kita akan menyambut sambutan hari kemerdekaan negara yang ke berapa ntah? SeringkaliTahukah anda Nasionalisme merupakan salah satu daripada lima rukun yang terdapat didalam rukun Gerakan Freemasonry dan Zionisme (Buku Gerakan Freemasonry Orientalis Kristianisasi Musuh dalam Menghancurkan Islam). Menurut ensiklopedia Britannica atau ensiklopedia America yang dimaksudkan dengan Nasionalisme adalah : “Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. It the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community”.
Pengertian ini bermakna Nasionalisme merupakan suatu ikatan yang berbentuk secular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian.
Ia adalah merupakan satu panduan cara hidup secular masa kini yang menggantikan panduan hidup dari sumber agama. Ia adalah fahaman penyatuan manusia berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara diatas segala kepentingan yang lain.

Bersambung……..

mannmuslimz,
Behira, Damanhur, Arab Republic of Egypt,
Ahad 3:23 petang.



Khamis, 17 Julai 2008

Harap Muka Lawa Perangai Hampeh!!!!



Assalamualaikum.....ehem dh lama aku tak update blog ni kerana

kesibukan yang aku pun tak tau mai kot mana..

Kali ni aku nak kongsi cerita sikit dengan korang semua...cerita ni

korang mesti baca.jgn ingat pompuan cantik semestinya dia 100%

cantik... terutama buat yg kaki pompuan (beringat sikit)


Hina Sangat Ke MAMAT Nih?


Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat

lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan

awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi

ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu. dah penat

berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan

nasik ayam.



Dah makan. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak

buat greeting card untuk member aku. perempuan ler . hehehe

(Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)



Aku pun gerak member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang

bukan minat nak ikut. bosan menunggu aku menulis card cinta. Jadi

aku pun pi ler.



Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak. mesti member aku

soundnyer. aku pun start tulis. "HALLOOO" itulah suara yang

aku dok dengar. ish awek mana lak nie. sekali aku pun pandang

ler. tengok bawah dulu.



aduh, sikitnyer lawa kaki dia..slow-slow aku pandang atas,

sikit nyer cun ler. aku takleh lah nak kata apa. aku pun

terdiam. sekali lagi dia kata "HELLO" Aku tarik nafas aku pun

jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah. sekali dia kata "I'M

LINA MARLIANA" . Peh! sikit nyer sedap nama dia. dah lah tuh, cantik

lak tuh. aku pun senyum.


LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"


AKU : "It's for my friend, Dia nyer birthday tommorow"


LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie, I

hope you can help me"



Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill. aku pun setuju nak

tolong. Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan- jalan, dia kata dia

dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun

bagi aku business card dia.



Dalam hati aku, sikitnya happy. maklumlah kita nie bukan ler

handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer

aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku

berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan

BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE. aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.



AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday. I hope you dont mind"



Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow. aku pun tak sabar nak

bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang. aku pun selisih ngan member- member aku kat Jambatan tengah tuh. aku senyum dengan bangganya.



Dia orang sikitnyer hot. aku tak kisah. aku pun dok cerita lah kat

dia orang apsal aku lambat. hehehe, sekali dia orang boleh gelak

kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk. so

Kita orang pi ler kat Lot 10 balik.



Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku



AKU : "Tu dia, yg pakai tang top tuh..cun huh! aku dah cakap korang
tak nak percaya"



MEMBER : "Ko tipu ah. tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"



AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"



Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia
tuh



"HI LINA", sekali...



Dia tengok aku ngan member aku. dia pun menjeling. PEH! SIKIT NYER

SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia. FUHH aku pun

terkejut, tak tau nak cakap apa. member aku semua gelak bagai nak

rak kat situ... ..



"KENAL KONON, SETAKAT KO LER. SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa. member aku semua gelak, aku blur.



Ada ker patut satu perempuan buat cam tuh kat orang macam aku nie,

aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui

apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham. Adakah semua

perempuan cantik macam nie



Mungkin kot, .Aku dah mula berfikiran negatif. tapi aku tetap suka

kat dia, sebab aku masih lagi pikir yang dia baik..



Bodoh ker aku ?



Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia,

dia pun tengok aku sambil buat muka blur. makin lama aku makin jauh dari pandangan dia, dia tenung aku macam tak puas hati. aku pulak tak faham.



BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!



Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh..



Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai,

dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat

escalator. aku terdiam, member aku semua pun senyap. aku

tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia,

cuba nak tolong dia. aku pun tengok atas. member aku blur. semua

senyap, tengah aku dok tolong tuh..



tiba-tiba,


LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"


Security guard datang, orang semua tengok. ramai yg nampak. aku tgh

duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam. UFFF... dalam hati aku

aku dah risau, aku pencuri ker, atau ada pencuri yg dia nampak. aku pun senyap"



PAP!!! aku kena pegang. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa

nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap. ish apa yang dah jadik nie.



Check punya check, rupa rupa handbag dia hilang. aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia??



Aku : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia.. mana saya ada ambil beg"



LINA: "Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie"



AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to

help you, apsal you kata I curik bag you"



Aku dah panik,



AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I, apsal tiba tiba u kata I pencuri. apa masalah nie"



LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri"



ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia

bagi..



AKU : "Then what is this ? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi "



LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see, I told you yang dia yang amik handbag I"



Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke

office. member aku semua ikut aku. aku pun dah takut giler. abang aku senyap jer. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa.



Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia,

dia duk memaki hamun aku. aku diam, aku cakap aku tak ambik. tapi bukti business card ada kat aku. aku yang bersalah. aku tak mengaku.



PAP!! aku kena tampar, aku diam lagi. aku cakap aku tak ambik.

office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",



Itulah kata kata dia k,


Dah tenat aku.



Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku

masa tuh. aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau

mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku. aku dah sedih giler.



Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak

ada orang datang, sikitnyer smart. pakai jeans ngan slack..rambut

panjang ikat belakang. orang tuh cakap



Manager : "APA MASALAH NIE OK..What is your Name?"



LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"



Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"



AKU : "Saya tak ambil. Dia yang tuduh bukan bukan"



Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"



LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia

yang ambil., sapa lagi. muka dia pun muka pencuri"



Aku tetap tak mengaku. aku dah berserah. manager tuh pun dia

angkat telefon, dia pun call, aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar. semua senyap jer kat dalam tuh. selang 10 minit, dia pun datang ngan satu orang Indonesia. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina,



"Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku. Manager

tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang. semua

okay, takda yang hilang.



Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet

wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang

curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.



APA YG PATUT AKU LAKUKAN ??



Aku pun senyap, aku pun keluar. Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci

jumpa. so dah settle dah, aku nak balik.



MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia. Ko cakap ko

nak saman malu dia. tak guna nyer pompuan"



ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak

lawa. dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka

hati."



Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman

dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku

camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org

perempuan...



AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi. ko

ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah

hati busuk tuh,busuk jugak. sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak

buat. aku malu, mana ko nak aku letak muka aku, aku nak jmpe ko kat

court"



Manager : "Dah lah tuh, dia silap, dah lah tak yah kecoh kecoh"



AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku

ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku ko ingat apa? aku nie bodoh? aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua. camna?? puas hati korang"



LINA : "Apa ko ingat ko bagus?? nak report aku. aku tak takut ler. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"



AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan. padan muka. ko (manager) plak. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"



Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"



Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah. hehehhe, aku suka. tapi sambil tuh cuak jugak. takut aku yg kena tangkap ugut dia. hehehe



Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku. dia letak telefon.



LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf"



Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia..



Dia terkesima...





"Setakat RM300, ko ingat aku apa. budak kecik boleh ler ko

buat camni. apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit. aku nak

tengok ko kena tahan jer. buat tuduhan palsu"



Dia pun bengang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik. banyak tuh. sapa nak bagi seribu free free. aku pun senyap.



Aku amik cek tuh aku pun koyak. aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli. aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan.



Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam.banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik.



aku pun nak jugak amik.



so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh. aku pun nak

blah. tiba tiba aku dengar dia sound aku.



LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler. tak

malu"



Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia. aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat. aku baru nak angkat tangan. ada orang tahan aku.





"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie... "







HAHAHA... MESTI SEMUA TENSIONN. JGN MARAHHHH



melampau betul drama ni..





----------------------------

Hampa semua jgn salah paham noo...Cerita ni xder kena mengena ngan aku atau yang sewaktu ngn aku...hehehe..

aku dapat benda ni kt satu website, ntah apa nama dia...saja sekadar nak
relaks2 ngn citer mcm ni....

So kalau ada yang bengang....maafkan aku..hehehe..

Mutiara kata dari aku:

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

p/s: jangan marah, cepat tua..