Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Rabu, 27 Februari 2008

Maksud Wali Allah


Dari Abi Hurairah r.a. beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman :

" Barangsiapa memusuhi waliku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang kepadanya. Dan tiadalah hambaKu mendekatiKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai dari (mengerjakan) apa yang aku fardhukan kepadanya. Dan tiadalah hambaKu mendekatiKu dengan an-Nawafil (amalan sunat) sehingga Aku akan menyintainya. Maka apabila Aku telah menyintainya, Akulah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memegang dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya. Sekiranya dia meminta kepadaKu nescaya akan Aku berikan kepadanya dan sekiranya dia memohon perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya".

(diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)

"Wali" bererti orang yang dekat.

"Wali Allah" ialah orang yang dekat kepada Allah; dan tiada orang yang mahu mendekatiNya melainkan orang yang telah beriman kepadanya dan sentiasa menunjukkan taat dengan ibadah dan amalannya.

Kerana itulah al-Imam an-Nawawi memaksudkan perkataan "wali" dalam hadith tersebut dengan orang mukmin.

Ibnu Hajar pula mendefinisikan "Wali Allah" sebagai orang yang mengenali Allah, tekun pada mentaatiNya dan ikhlas dalam beribadah kepadaNya.

Orang yang menyakiti dan memusuhi "Wali Allah" ini bererti mereka sedang juga menyakiti dan memusuhi Allah S.W.T. Namun kerana kasihnya Allah kepada para walinya ini, maka Dia pasti akan memelihara dan membela mereka.

Kasih Allah inilah yang diburu oleh para mukmin melalui ibadah nawafil dan segala amalan yang menyempurnakan kehambaan mereka terhadapNya. Sekadar melakukan fardhu dan meninggalkan apa yang diharamkan mungkin telah melayakkan mereka bergelar hamba, tetapi hamba yang mengharapkan kasih dan sayang 'Tuan'nya pasti akan melakukan sesuatu yang lebih dan menambah dari sekadar melepasi kewajipan.

Ketika kasih Allah ini telah diperolehi, gelaran 'hamba Allah' ditambah dengan 'wali Allah'; mereka akan menjadi manusia yang paling tenang, tabah, berani dan berkeyakinan atas pergantungannya yang penuh terhadap Allah. Mereka inilah yang disifatkan oleh Allah seperti firmannya pada ayat 62, surah Yunus :

" Ketahuilah! Sesungguhnya para wali Allah itu tiada ketakutan atas mereka dan mereka tidak akan berdukacita ".

Segala apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka ucapkan dan semua yang mereka lakukan dipimpin dengan petunjuk Allah dan diiringi dengan perlindunganNya. Sehingga permohonan dan permintaan mereka tidak akan disia-siakan oleh Allah S.W.T.

Di antara yang jelas berada dalam golongan istimewa ini ialah para ulama'. Sebagaimana yang disifatkan kehormatan mereka oleh Ibnu 'Asakir sebagai "daging mereka adalah beracun", begitu juga al-Imam as-Syafi'ie telah menyatakan : "Jika tiada para wali itu adalah ulama' maka tiadalah bagi Allah seorang wali pun di atas muka bumi ini ".

Kepada para ikhwah; marilah bermujahadah meningkatkan kemuliaan kita di sisi Allah yang kita agungkan NabiNya dan kita perjuangkan agamaNya. Ulama' yang beramal dengan ilmunya, melunaskan amanah ilmu dan menyampaikannya, berjuang dengan keyakinan dari ilmu yang diberi oleh Allah; akan menempatkan diri dalam kelompok para auliya'Nya.

Kepada mereka yang memusuhi Islam, membenci para ulama' dan menyakiti orang-orang beriman; takutilah akan ancaman Allah S.W.T. Dia tidak akan membiarkan selama-lamanya kamu berwewenang menghina agamaNya. Perisytiharan perang dari Allah ke atas kamu hanya bermaksud kebinasaan dari sebab murka dan laknatNya.

Umumnya untuk sekelian manusia; kita hanya ada dua pilihan sahaja iaitu untuk menjadi wali Allah S.W.T. atau bertindak sebagai musuhNya...!

2 Responses to “Maksud Wali Allah”

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera, sila tukar "...waliku.." kepada "...waliKu..." di dalam hadis di atas. Terima kasih