Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di suatu tempat yang sangat indah. Dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri seri lalu ditanya dimanakah aku sekarang….. lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya satu arah maka berjalan dia….. di suatu pohon dia mendapati bahawa ada seorang perempuan yang tidak pernah dia lihat dunia ini. Lalu di beri salam dan dia bertanya adakah Ainul Mardhiah…. Wanita itu maejawab tidak…. Saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada didalam singgahsana
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda ganda lebih cantik daripada yang pertama tadi sedang mengelap permata hiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah Ainul Mardhiah. Lalu wanita itu menjawab……..tidak saya hanya khadamnya didalam mahligai ini…. Ainul Mardhiah ada di dalam mahligai sana.Lalu dinaiknya anak anak tangga dan sampai di suatu pohon dan mendapati seorang wanita yang berganda ganda cantiknya daripada yang pertama dan yang kedua dantak pernah dilihat di dunia.Lalu wanita itu berkata akulah Ainul Mardhiah….. aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.Bila pemuda itu mendekatinya bidadari itu menjawab nanti! Kamu belum syahid lagi.
Pemuda itu pun terjaga daripada tidurnya lalu menceritakan segala galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan ceritakan kepada nabi tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi. Petang itu bersama dengan jemaah yang lain di dalamnya keluar uutuk berperang lalu ditakdirkan pemuda itu syahid . Pada Petang tersebut semua jemaah telah pulang ke masjid untuk menungu berbuka maka kawan pemuda yang syahid itu datang dan merapati nabi dan menceritakan perihal sahabatnya yang syahid itu .Dalam menceritakan itu nabi menjawab benar .akhirnya nabi S.A.W berkata benar dan pemuda itu menunggu untuk berpuasa di syurga
No response to “..::Mencari Syahid::..”
Catat Ulasan