ULI DAN KENTAL SEGENGGAM USAHA DAN SEMANGKUK KETEKUNAN.RENJISKAN DENGAN SELITER KEYAKINAN DAN SECAWAN KETEKUNAN. UNTUK MELAZATKAN LAGI TAMBAH SECUBIT SENYUMAN
Ya Rasulullah akan ku cuba ingati setiap kata-kata mu ketika engkau ucapkan pada haji Wida' akan ku semat dalam benak hati ku hingga akhir hayatku..
Assalamualaikum buat para sahabat yang dikasihi yang membaca blog ana pada kali ini, In sya Allah..tidak lama lagi kita sama2 bakal berada dalam fatrah imtihan, ana luangkan masa untuk mencoretkan beberapa kalam yang mungkin dapat memberi sedikit istifadah buat ana dan sahabat2..
Apabila berbicara tentang imtihan kita akan teringat suasana dewan peperiksaan, kertas soalan yang bakal ditanya kepada kita, wajah murakib2 yang bakal menjaga kita sewaktu peperiksaan, soalan apa yang akan ditanya, muqarrar apa yang masuk.. Ini semua dah jadi lumrah buat insan yang bergelar pelajar..eh! pelajar atau penuntut ilmu, apa beza antara dua kalimah ni erk?...ana musy 'arif..mungkin sama jer kot..eh tu kata2 siapa?
Ana baru terbaca satu buku yang ditulis oleh Muhammad Husain Ya'kub bertajuk Muntalaqat Tolibi Al-'Ilmi belajar ni ada dua cara mengikut kemampuan atau keadaan individu..Pertama dengan cara bertalaqqi Wal Musyafahah,menurut beliau hendaklah bagi individu yang berkemampuan untuk duduk bersama gurunya untuk menuntut ilmu, cara ini jugalah yang dilakukan oleh Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi kita s.a.w..Kedua dengan cara bertanya sepertimana yang diajar oleh Allah kepada kita menerusi FirmanNya yang bermaksud " Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahlazzikri) jika kamu tidak mengetahui" (surah An-Nahl :43), Maha Suci Allah yang mengajar kita...
Wahai sahabat2 yang dikasihi Allah, alangkah mulianya kita jika kita benar-benar menjadi penuntut ilmu sebagaimana yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran, iaitu penuntut ilmu yang bersaksi bahawa Allah Esa tiada tuhan melainkanNya..beramal dengan syariatnya.. tetapi alangkah ruginya jika kita menjadi penuntut ilmu yang ingkar walaupun sudah mengetahui apa yang termaktub dalam kitab suci....
Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah sikap. Ini kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasikan perubahan diri.Sikap mempunyai tiga eleman penting:
1. Pemikiran
2. Perasaan
3. Tingkahlak
Mudah-mudahan Allah s.w.t menjadikan kita dikalangan penuntut ilmu yang benar2 ikhlas dalam beramal dengan suruhan dan syariat Allah s.w.t...
Sahabat sekalian, ana rasa sampai disini dulu coretan ana untuk kali ini..mudah-mudahan kita bertemu lagi pada page yang akan datang...
KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...
DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG…
SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA…
JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA…
DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR…
KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.
One response to “Salam Imtihan Buat Sahabat2”
salam....
smga ape yg kite pelajari dn perolehi diberkati oleh Allah s.w.t...
moga kite dpt praktikkan ape yg dipelajari...bkn di ats kertas sj tp scra prktikkal....(*_*)
Catat Ulasan