Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Isnin, 16 Jun 2008

Imtihan Fasa 2 dh abis....Selamat Berprogram....


Alhamdulillah..setelah sebulan lebih berhempas pulas dengan bermacam ujian ketika berada di bumi anbiya' ni akhirnya imtihan sementara fasa 2 dah kholas..namun ana ternanti2 apakah ujian lain disebalik imtihan yang telah ditempuhi...setiap saat, setiap waktu, ana tertanya2 pd diri apakah mampu diri ana untuk menghadapi semua ujian ni..benarlah apa yang telah diberitahu oleh ustaz dan ustazah ana sewaktu di Malaysia dulu sebelum ana mengorak langkah menjejakkan kaki ke Ardhul Kinanah ni...

Disini banyak rona dan ranjau yang perlu ditempuhi, tatkala kdg2 diri ana tersungkur kerana kelalaian yang entah dari mana datang...tapi demi memegang janji diri untuk mencari mutiara yang hilang, ana sanggup menelan semua ujian ni, walaupun kadang2 mengeluh..belajar disini memang tak sama masa belajar di Malaysia dulu..disini lebih banyak kena disiplin dan mujahadah yang tinggi..



Ana masih ingat sebelum tiba disini, ana dah diuji sewaktu di Malaysia, namun kerana ketinggian syariat Allah s.w.t ana korbankan semua tu...ah!! sudahla lupakan jer...yang penting sekarang cuba tumpukan kepada matlamat asal...

Imtihan fasa 2 ni nampaknya agak susah sikit, sebab banyak madah (subjek) yang nak kena beri perhatian lebih..waaa....bro! rileks la...anta ni, memang la macam tu, mana ada mende yang senang...nak sesuatu yang berharga mestilah kena bayar dengan harga yang mahal..masa dalam fatrah ni la study pun kena hardisk...dengan selamba tangan kanan ana menulis benda yang dihafal, tangan kiri memasak, kaki kanan tulis blog, kaki kiri control mouse, telinga kanan dengar radio, telinga kiri pegang kertas, mata kanan baca dan hafal, mata kiri tidor..pergh!!bom ceke wawah...tolong la jgn percaya budak ni cerita...dia tgh tension masa tu...huak2

Hari pertama imtihan rasa berdebar, dup dap..dup dap...aura mengantuk yang menguasai 75 % mindaku dari tadi semakin hilang perlahan-lahan..angin sepoi2 bahasa arab ammiah meniup dan membelai rambutku..erm..nyamannya...bila sampai jer kt dewan periksa...ana dengan hati yang tenang sikit2, melabuhkan diri diatas kerusi...masa tu ana tengok budak2 arab ni buat macam2 skil...otak diorang memang sempoi, hafal berbuih mulut, cepat ingat....tapi ada jugak yang kantoi...besa la kalau dalam exam msti ada acara tukar-tukar jawapan secara haram, dan sesi soal jawab yang tak rasmi samada secara terbuka atau tertutup...

Hari demi hari, setelah sebulan lebih dok bertarung dengan diri sendiri dalam dewan tu, akhirnya fatrah imtihan untuk penggal 2 ni pun khalas..masa ni la ramai sahabat2 ana yang buat perancangan untuk mengisi masa cuti panjang ni...ada yang nak pergi buat Umrah, nak pergi Yaman, UK, nak balik Malaysia, nak talaqqi kat Masjid Al-Azhar, macam-macam lagi la plan yang diorang rancangkan, siap bentang bajet 2008 untuk cuti ni...


Apa2 pun ana mendoakan semua sahabat2 yang dah ada perancangan untuk cuti ni, semoga Allah s.w.t., mempermudahkan segala urusan yang telah dirancang oleh kalian..
Inysa Allah bittaufiq wannajah...Allahu yubarik 'alaikum...

No response to “Imtihan Fasa 2 dh abis....Selamat Berprogram....”