Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Ahad, 8 Jun 2008

..::~~Soal Jawab Agama ( e-Fiqh )~~::..

Assalamualaikum... Alhamdulillah, sekali lagi ana dapat menggerakkan jari-jemari ni untuk posting artikel pada kali ni. Anda musykil tentang masalah agama yang berkaitan dengan hukum fiqh dalam kehidupan anda? Pening, tak faham?Tak tahu kepada siapa nak tanya?..kat sini ana ada nak memperkenalkan ruangan soal jawab agama secara maya ataupun budak sekolah rendah sekarang panggil e-Fiqh. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang website ni, ana akan jelaskan secara ringkas tentang E-Fiqh ni.

E-Fiqh ni merupakan ruang maya untuk menjawab segala permasalahan hukum-hakam agama dan kotemporari. Ia berada di bawah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah yang diselia oleh DATC yang merupakan perunding UNIKOM MKKK. Segala perbincangan dan jawapan di dalam ruangan E-Fiqh ini akan dijawab secara ilmiah berdasarkan pendapat ulama' ulama muktabar dan ulama'-ulama' kotemporari. Ruangan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ust. Muhammad Aidil Azwal Zainudin. Usaha mewujudkan E-fiqh ini merupakan kesinambungan usaha dakwah melalui kuliah online yang dipancarkan ke seluruh dunia pada setiap hari kecuali Jumaat. Ini merupakan salah satu usaha dakwah yang dilakukan oleh generasi pelapis Ulamak Al-Azhar yang ada pada hari ini.

Segala jawapan yang diberikan berdasarkan Manhaj yang jelas dan benar sebagaimana yang ditinggalkan ulama dulu yang jauh dari jumud dan mempermudahkan hukum. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang E-Fiqh ni, sila layari laman webnya di http://www.mymkkk.org/efiqh/ .
Sebelum ana terlupa, untuk anda yang ingin menyertai pengajian secara online bersama Yang Berbahagia Ust. Muhammad Aidil Azwal menerusi internet bolehlah melayari laman web http://www.mymkkk.tv/live.php

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan oleh tenaga kerja MKKK, mendapat balasan pahala dari Allah s.w.t. serta dapat memberikan manfaat kepada muslim dan juga non-muslim. Ana memohon maaf jika terdapat kesalahan dalam artikel ini..

No response to “..::~~Soal Jawab Agama ( e-Fiqh )~~::..”