Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Jumaat, 25 April 2008

IKHTILAT DALAM SESI PEMBELAJARAN SATU KEBAIKAN RATUSAN KEBURUKAN

SEKOLAH-SEKOLAH DI AMERIKA TELAH MULA MENGAMALKAN SISTEM PENGASINGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN. NAMUN, KITA MASIH MENENTANG SISTEM TERSEBUT:

IKHTILAT DALAM SESI PEMBELAJARAN SATU KEBAIKAN RATUSAN KEBURUKAN


Kebanyakan negara di barat khususnya Amerika telah melaksanakan sistem pengasingan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan ketika sesi pembelajaran bermula di peringkat sekolah rendah dan di peringkat-peringkat seterusnya dalam usaha pembentukan akhlak sejak kecil. Ini kerana mereka telah melakukan kajian selepas percubaan sistem tersebut dan mendapati bahawa implikasinya adalah sangat positif.

Sistem ini telah diamalkan semenjak lama dahulu di Universiti al Azhar dan ia merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) di Mesir yang mempraktikkan sistem ini semenjak peringkat permulaan pembelajaran. Sementara itu, Kementerian Pendidikan dan Pelajaran tidak bersetuju malah menyindir berkenaan isu ini dan berpendapat bahawa tidak ada apa yang perlu dibimbangkan!!!


Sebahagian golongan ibu meminta supaya sistem pengasingan itu dilaksanakan untuk mencegah anak-anak daripada bencana keruntuhan akhlak, namun tiada sebarang reaksi dari mana-mana pihak dari Kementerian Pendidikan dan Pelajaran terhadap rayuan dan permintaan mereka bahkan pihak terbabit masih berkeras mendokong slogan pengasingan antara lelaki dan perempuan adalah tidak tepat.

Sebahagian besar reaksi daripada golongan ibubapa berpandangan bahawa terdapat unsur negatif pada sikap anak-anak mereka dan kebanyakannya meminta supaya dipisahkan antara lelaki dan perempuan, malangnya tidak mendapat sebarang reaksi positif daripada pihak berwajib.

Seorang ibu yang bernama Ummu Basim menceritakan kepada kami bahawa beliau mengalami masalah dengan anak lelakinya yang berusia 10 tahun. Beliau berasa bimbang dengan cara percakapan anaknya yang telah mengeluarkan perkataan ganjil yang tidak pernah diucapkan sebelum ini. "Saya merasakan bahawa anak saya telah dewasa sebelum waktunya, khususnya ketika bercerita mengenai kawan perempuannya di sekolah. Dia menyukainya dan berniat untuk mengahwininya. Apabila saya cuba menasihati agar tidak mengulangi perkataan-perkataan tersebut ,dia mengherdik dan melampaui batas dengan mengeluarkan bahasa kasar dan kadang-kadang menaikkan tangannya terhadap saya seolah-olah saya ini bukan ibunya dan hal ini melambangkan seorang anak yang tidak menghormati ibu bapa sebagaimana yang sepatutnya dan seterusnya akan mencetuskan pelbagai perkara buruk di masa-masa akan datang”.

Sementara itu A.B (seorang pegawai) menegaskan bahawa kanak-kanak pada zaman sekarang sememangnya telah menunjukkan sikap yang membimbangkan, justeru, penglibatan mereka dengan dunia teknologi maklumat memberikan implikasi yang lebih buruk kerana mereka cuba meniru golongan dewasa sepertimana yang mereka dengar dan lihat.

Ummu Taufik menyatakan kepada kami dengan perasaan yang sangat pelik: "Anak saya berada dalam darjah empat selalu bercerita dengan saya mengenai kawan perempuannya di sekolah dan dia mengatakan bahawa kawan perempuannya berasa cemburu terhadapnya dan berpesan kepadanya ("jangan cakap dengan orang lain selain aku").

Beliau mengatakan bahawata sesungguhnya kanak-kanak sekarang telah mencapai ke peringkat yang membimbangkan dan sukar untuk dikawal. Faktornya ialah mereka terkesan kerana menonton rancangan di televisyen dan cuba untuk mempraktikkan apa yang ditonton di sekolah bersama kawan-kawan perempuan mereka dan apabila kita cuba menghalang, mereka akan bersikap menentang dan menangis sambil berkeras bahawa mereka tidak akan melaksanakan kerja rumah yang diberikan.

Oleh itu, kami meminta agar tidak dicampurkan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di peringkat sekolah sehinggalah kita mampu untuk mengembalikan proses pendidikan dan pembaikian akhlak di kalangan anak-anak dan inilah satu-satunya medium yang tepat untuk dilaksanakan sehingga kita bebas daripada masalah ini".

Kami cuba mengajukan pertanyaan kepada Kementerian Pendidikan dan Pelajaran tentang kemungkinan sistem ini akan dilaksanakan, namun malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil kementerian tersebut sungguh memeranjatkan iaitu, beliau telah menunjukkan kemarahan kepada kami hanya disebabkan oleh pertanyaan yang kami ajukan . Malah beliau telah memperlekehkan kami dengan berkata apa masalahnya dengan sistem percampuran yang telah sedia diamalkan sekarang ini. Ketika kami cuba untuk menenangkannya dengan menjelaskan bahawa ia hanya sekadar pertanyaan sahaja, beliau menjawab dengan nada marah: "Perkara ini adalah mustahil maka ia tidak perlu dibincangkan dan tidak ada sebarang faedah".

Duta Mayyi Abu Dahab penasihat kepada Kementerian Pendidikan dan Pelajaran merangkap Pengarah Projek Kanak-kanak menegaskan bahawa tiada sebarang bahaya dalam sistem percampuran jantina pada peringkat rendah kerana tidak ada faedahnya jika mereka diasingkan kerana mereka akan bercampur juga di luar waktu sekolah, di jalan-jalan, di persatuan yang mereka sertai dan dipelbagai tempat yang lain. Institusi masyarakat bukan sekadar melibatkan kaum lelaki sahaja bahkan kedua-dua golongan lelaki dan perempuan dan apa yang penting ialah kita mengajar mereka tentang cara berinteraksi dan bergaul dengan orang lain. Maka anak lelaki perlu mengetahui untuk membezakan pergaulannya antara lelaki dan perempuan, demikian juga perempuan sehinggalah mereka mengetahui batas-batas dalam pergaulan sesama mereka. Kita juga perlu mengajar mereka cara-cara untuk memberi penumpuan terhadap pelajaran dan menanamkan dalam diri mereka sensitiviti terhadap bahaya dalam perbuatan sumbang, bahkan mungkin akan mengundang bahaya yang lebih besar. Proses pendidikan ini tidak tertumpu di sekolah sahaja, bahkan institusi rumahtangga turut memainkan peranan penting.

Pandangan ini turut dipersetujui oleh Husam Samir Ketua Persatuan Kemajuan Kualiti Tarbiyyah di Kementerian Pendidikan dan Pelajaran dengan menyatakan bahawa Islam tidak menyeru kepada pengasingan lelaki dan perempuan dalam pergaulan melainkan setelah mencapai usia baligh, maka apakah yang mendesak kepada pelaksanaan sistem pengasingan pada usia sekecil ini. Namun proses merawat unsur-unsur negatif dalam akhlak dan sikap anak-anak memerlukan kesungguhan dan komitmen yang jitu dari pihak guru disekolah dengan memberikan pelbagai pendekatan baru dalam kaedah mendidik agar memberi kesan positif pada jiwa dan minda anak-anak yang sentiasa terdedah dengan dunia teknologi maklumat sehinggalah seseorang guru itu mampu menanam nilai-nilai murni dan akhlak yang baik. Inilah yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dan Pelajaran pada masa akan datang. Sementara itu, institusi rumahtangga pula mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan iaitu meluangkan masa untuk anak-anak mereka berbual dan berbincang tentang pelajaran. Hal ini, akan memudahkan ibu bapa untuk menasihati dan meperbaiki situasi anak-anak. Oleh itu, sistem pengasingn adalah sesuatu yang tidak akan mengundang faedah.

Dr Ali Lela Profesor Ilmu Masyarakat di Kuliah Adab di Universiti 'Ainussham menempelak golongan bapa dengan berkata: "Sesungguhnya golongan bapa telah mengabaikan hubungan antara mereka dan anak-anak mereka dan bersikap sambil lewa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak dengan pelbagai akhlak mulia dan peribadi terpuji yang wajib diamalkan. Ini kerana, proses pendidikan memerlukan suatu komitmen yang besar, sedangkan golongan bapa hanya menyibukkan diri dengan urusan-urusan lain yang mereka sangka lebih penting daripada urusan mendidik. Hal ini, akan memberi implikasi negatif kerana anak-anak akan bertindak sesuka hati tanpa rasa takut dengan hukuman yang bakal menanti di samping para bapa merasa cukup dengan melontarkan kata-kata: "saya telah mengajar anak saya untuk berdikari maka terpulanglah pada dia untuk lakukan apa yang dia rasa baik”. Sementara ibu pula berkata: "tanggungjawab mendidik anak bukan pada ibu sahaja, ayah juga kena bertanggungjawab”.

Dr 'Ali Lela menyatakan tentang perlunya media massa menapis program-program yang bersifat meruntuhkan akhlak yang memberi kesan negatif kepada pemikiran anak-anak.Oleh itu, media massa perlu memperkasakan kempen yang boleh membantu kepada penanaman nilai-nilai murni di peringkat sekolah sehinggalah anak-anak akan terpelihara daripada sikap yang negatif yang meruntuhkan peribadi seseorang. Akhlak yang murni apabila ditanam sejak kecil akan tabiat hidup mereka.

Dr Nadiah Syarif Profesor Ilmu Tarbiyyah Psikologi di Maahad Pengajian dan Pengkajian Tarbiyyah di Universiti Kaherah menyatakan bahawa cadangan mencampurkan lelaki dan perempuan di sekolah bermula semenjak era 60-an lagi dan ia berada di peringkat internasional dan pada mulanya ia sukar diterima. Para pendokong sistem ini berpendapat bahawa ia adalah satu cara untuk berinteraksi sesama jantina yang berbeza serta merupakan suatu bentuk tarbiah. Apa yang pasti, tidak terdapat sebarang perbezaan di antara lelaki dan perempuan. Dr Nadiah menambah: "Saya memikirkan bahawa di sebalik pendekatan ini terdapat satu hikmah dalam proses tumbesaran iaitu anak-anak apabila selesai di peringkat sekolah rendah dan mencapai usia 12 tahun, mereka telah biasa dengan kewujudan kaum perempuan di samping tidak akan merasa janggal dengan keadaan tersebut. Sementara itu, apa yang terjadi daripada perubahan nilai-nilai akhlak dan peribadi pada peringkat usia sebegini disbabkan oleh perpecahan keluarga. Justeru itu, tarbiyah yang betul di institusi rumahtangga akan mengukuhkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak tanpa berlaku perubahan ke arah peribadi yang negatif. Maka pendirian barat untuk melaksanakan sistem pemisahan jantina di peringkat sekolah telah menjadi topik yang menarik perhatian ramai. Ini kerana, membarahnya keburukan dan hilangnya nilai-nilai murni yang selama ini diamalkan oleh masyarakat kita yang telah tertanam dalam jiwa dan peribadi anak-anak. Justeru, barat terbukti gagal untuk mendidik anak-anak mereka melalui sistem percampuran jantina. Oleh itu, mereka berpendirian untuk melaksanakan sistem pengasingan antara lelaki dan perempuan.

Dr Ilhami Abd Aziz profesor Ilmu Psikologi di Universiti 'Ainussyam berpendapat bahawa suasana kehidupan kini yang terdedah kepada pelbagai budaya dan ledakan dunia teknologi maklumat telah mematangkan minda anak-anak kita pada peringkat yang terlalu awal, tidak seperti generasi terdahulu yang ketika itu seusia mereka. Ini kerana, mereka telah terkesan daripada apa yang telah mereka dengar, lihat dan baca. Oleh yang demikian, kematangan pada tahap yang terlalu awal ini sepatutnya tidak wujud,melainkan pada peringkat percampuran antara lelaki dan perempuan.

Dr Ilhami merujuk, faktor keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak disebabkan sikap ibu bapa yang telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Di samping itu, pengaruh budaya barat adalah antara faktor keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni. Oleh itu, keluar dari masalah ini, ibu bapa perlu bergaul serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.

Sementara itu, berhubung fenomena kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak, maka pelaksanaan sistem pengasingan antara lelaki dan perempuan adalah jalan yang terbaik untuk mengelakkan pelbagai kesan negatif yang lahir daripada pergaulan sesama mereka ditambah pula dengan ketiadaan usaha untuk mendidik dan membentuk sikap mereka. Maka kebanyakan negara-negara barat menyeru kepada pelaksanaan sistem ini disebabkan wujudnya masalah dalam proses tumbesaran anak-anak. Oleh itu, proses pendidikan terhadap ibu bapa mengenai cara-cara mendidik peribadi anak-anak dengan tarbiah yang betul perlu dihidupkan semula.

Terjemahan Keratan Akhbar Soutul Azhar bertarikh 28 DISEMBER 2007 / 19 ZULHIJJAH 1428(JUMAAT)

p/s: diambil daripada blog Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur.

One response to “IKHTILAT DALAM SESI PEMBELAJARAN SATU KEBAIKAN RATUSAN KEBURUKAN”

Tanpa Nama berkata...

salam.....
sbnaq ye isu nie mmg hangat jugak dperkatakn...
seelok ye jika bnar2 ngara kite ngara islam,kite mmg ptut laksanakn sistem pgasingan plajor L dan p....tgk sjlah keadaan ari nie...mcm2 kes jd,,gan sosial ye....smga kite sume dhindai drp mlakukan mksiat....(*_*)