Inilah remaja yang telah dikuasai oleh tanduk Avril Lavigne
amboi cik kak ni rasa bangga dan tanpa segan silu mengikut "sunnah" Si Avril..apekejadah semua ni..dimanakah maruah anda sebagai muslimah?
Tapi cuba la fikir, berapa banyak benda maksiat yang ada kat dalam Konsert tu...sungguh malang bagi umat Islam yang hadir dalam konsert tersebut. kenapa perlu dipuja-puja artis yang langsung tidak boleh memberikan manfaat kepada kita sebagai umat Islam bahkan terus melalaikan kita dari Sang Pencipta kita. Sedarlah wahai orang-orang yang terlalu memuja artis, Nabi kita bersabda :
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
H.R Termizi
Berdasarkan daripada hadis diatas salah satu tanda-tanda kiamat ialah golongan yang menyanjung artis. Sepatutnya di saat-saat kita menyambut Hari Kemerdekan dan Menyambut Bulan Ramadhan mestilah di isi dengan program-program yang boleh meningkatkan kesedaran dan menaikkan semangat untuk memelihara negara daripada penjajahan budaya kurap dan jahiliah dari Barat (kafir).
Tanpa kita sedari kini, dikalangan kita sedang disuap racun dan disuntik dadah kelalaian dari penjajah barat untuk memusnahkan rakyat dinegara kita, terutamanya umat Islam yang macam aku ni..
Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dari konspirasi dan penjajahan jahiliah barat yang sentiasa berlegar dan mencari mangsanya.
Wa Allahu A'lam...
"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."
mann_muslimz
Hayyu 'Asyir, Kaherah, Mesir
No response to “Kemerdekaan, Ramadhan dan Konsert Avril Lavigne”
Catat Ulasan