Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Ahad, 31 Ogos 2008

Perutusan Khas Ramadhan Dari TG Abdul Hadi Awang


Assalamualaikum...

Ni ambe ada perutusan khas sempena Bulan Pose ni dari Tuan Guru kita, ana petik dari akhbar HarakahDaily.....meh la baca...



Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.


"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Sumber Rujukan Dipetik Dari Harakah Daily 31.8.2008

No response to “Perutusan Khas Ramadhan Dari TG Abdul Hadi Awang”