Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-anaknya

Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana.

Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam.Baca Sepenuhnya..

Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Baca Sepenuhnya...

Selasa, 19 Ogos 2008

Konspirasi Musuh Memurtadkan Umat Islam. ( Bahagian 1 )

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk dan sekelian alam, hanya kepadanya kita sembah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kalimah yang perlu dihayati dan ditegakkan sebagai umat Islam. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus.... (Qs.al-Baqarah:256)

Masalah Murtad di dunia Islam

Jika kita mengimbau kembali sejarah sejak zaman Rasulullah sehingga zaman kini, jelas kemurtadan sudah berlaku di dalam dunia Islam. Ia menjadi suatu penyakit dikalangan umat yang terlalu rapuh imannya. Allah S.W.T. berfirman maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang ( kepada kekafiran ) sesudah petunjuk itu menjadi jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah ( berbuat dosa ) dan memanjangkan angan-angan mereka. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( orang-orang munafik ) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi),”Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan…”(Muhammad: 25-26)


Beberapa tahun yang lepas negara kita telah dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berbahagia Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perak Dato’. Hj. Harussani bin Haji Zakaria, bahawa terdapat jumlah yang besar umat Islam terutamanya melayu telah murtad. Dan baru-baru ini pula kita digemparkan lagi didalam akhbar Metro dengan kenyataan yang didedahkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu. Menurut beliau, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan. Walau bagaimana pun, beliau tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad dan beliau juga tidak mengatakan jumlahnya sedikit.

Inilah fenomena yang berlaku didunia umat Islam kini khususnya di Malaysia, walaupun sesetengah orang menganggap isu ini sudah berulang kali diutarakan, pada mulanya panas dibincangkan kemudian beberapa ketika semuanya diam tanpa sebarang tindakan, walaupun ada sesetengah NGO yang mengambil serius hal ini. Sehinggakan baru-baru ini Majlis Peguam Negara telah mula campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam dengan cara menganjurkan forum yang bertajuk “Memeluk Islam”. Apakah tujuan sebenar forum itu dianjurkan?. Dimanakah sensitiviti kita sebagai umat Islam yang kini dicabar oleh musuh-musuh kita. Adakah agama Islam dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah?, bak kata Nabil raja lawak “Lu pikir sendiri la”. Saya tertarik dengan pendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menghendaki seluruh hal-ehwal umat Islam di Malaysia hendaklah dibicarakan di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Apa gunanya Mahkamah Syariah jika skopnya hanyalah terlalu kecil berbanding dengan Mahkamah Sivil. Dimanakah yang dikatakan sebagai negara Islam jika masih memakai sistem perundangan “Jahiliah” barat. Bukan hanya perundangan tetapi urusan-urusan lain, lihatlah sesetengah masyarakat kita yang beragama Islam mengamalkan amalan dan budaya kolot jahiliah, sebagai contoh berjudi, meminum arak, menghadiri kelab-kelab malam atau disko,mengamalkan seks bebas, mengamalkan ekonomi kapitalis dan bermacam-macam lagi yang pada tanggapan mereka ia adalah amalan dan budaya moden dan bertamadun padahal ia adalah budaya kuno jahiliah, kolot, lapuk yang telah ditinggalkan oleh orang-orang kuno tetapi mereka hidupkan kembali amalan-amalan dan budaya ini. Inilah perancangan yang telah dihidupkan oleh gerakan-gerakan musuh Islam lalu diberi makan dan minum kepada umat Islam yang dahagakan kemodenan yang bertamadun, tetapi sebenarnya racun yang disuap dan diberi kepada mereka, sehinggakan menjadi penyakit yang semakin merebak.

Menurut Syeikh Allamah Sa’id Hawa dalam bukunya Jundullah Thaqafah wa Akhlaqan “disetiap negara umat Islam ada banyak organisasi kafir atau agen-agen rahsia yang amat besar; agen yang besarnya sukar digambarkan oleh manusia dan kita pun hanya mengetahuinya sedikit sahaja”. Agen-agen inilah yang menyebarkan penyakit murtad, jika antibodi umat Islam tidak kuat maka kemungkinan penyakit ini akan menyerang dirinya sedikit demi sedikit atau sekaligus. Menurut beliau lagi “Anda akan menyaksikan parti-parti kebangsaan dan nasionalis serta tokoh-tokoh individu. Dan kebanyakannya, setiap parti-parti itu disokong oleh agen-agen pemikiran dan agen-agen politik milik kaum kafir”.

Lihatlah perancangan-perancangan musuh Islam untuk menjatuhkan Islam begitu tersusun rapi tanpa kita sedari, lalu ia menyelinap masuk didalam masyarakat Islam dan sedikit demi sedikit menghancurkan Islam. (Ya Allah! Lindungi kami umat Islam dari perancangan musuh-musuh kami sama ada musuh zahir dan musuh batin).

Ideologi Nasionalisme

Tidak lama lagi kita akan menyambut sambutan hari kemerdekaan negara yang ke berapa ntah? SeringkaliTahukah anda Nasionalisme merupakan salah satu daripada lima rukun yang terdapat didalam rukun Gerakan Freemasonry dan Zionisme (Buku Gerakan Freemasonry Orientalis Kristianisasi Musuh dalam Menghancurkan Islam). Menurut ensiklopedia Britannica atau ensiklopedia America yang dimaksudkan dengan Nasionalisme adalah : “Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. It the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community”.
Pengertian ini bermakna Nasionalisme merupakan suatu ikatan yang berbentuk secular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian.
Ia adalah merupakan satu panduan cara hidup secular masa kini yang menggantikan panduan hidup dari sumber agama. Ia adalah fahaman penyatuan manusia berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara diatas segala kepentingan yang lain.

Bersambung……..

mannmuslimz,
Behira, Damanhur, Arab Republic of Egypt,
Ahad 3:23 petang.



No response to “Konspirasi Musuh Memurtadkan Umat Islam. ( Bahagian 1 )”